exam dah habis...  

Posted by Insan yang kerdil


alhamdulillah arini berakhirlah sudah exam aku untuk semesta 3 ni...lega la kejap sementara tunggu masuk semesta 1 10/11 lebih kurang 3 minggu lagi..xlame dah tu...pejam celik pejam celik je..tambah2 kalau duk kat kampung..x terasa pun masa berlalu...


cakap pasal exam, hmm... xtau la macam mana..jawab ala kadar je..setakat yang termampu...harap2 dapat keputusan terbaik la nanti..

sebenarnye arini aku exam untuk subjek Ayubid & Mamluk (sejarah)... subjek yang menarik..

sebenarnye sebelum ni x terfikir pun nak buat pengkhususan dalam bidang sejarah..ingat nak buat dalam bidang sains politik.nak jadi ahli politik la kononnya.tapi nak buat mcam mana..dah xde rezeki dengan politik..tapi bila dah belajar sejarah ni rasa seronok pulak dan timbul rasa ingin lebih mendalami ilmu sejarah ni..terutama melibatkan sejarah Islam..tambahan pula di ajar oleh seorang ahli sejarah yang cukup tinggi ilmu sejarahnya.iaitu Prof. Dr. Ataullah Bogdan Kopanski, seorang warga negara Poland yang asalnya bukan beragama islam tapi telah di beri hidayah untuk kembali ke agama fitrah iaitu Islam dan kini menjadi sorang penganut Islam yang baik.

pengalaman hidup beliau telah cukup untuk membuka mindaku agar terus mengali ilmu2 sejarah.. untuk semesta ni aku dah belajar serba sedikit mengenai Empayar Islam al-Ayyub, kerajaan mamluk, pencerobohan bangsa Mongol ke atas Bangdad, pasal Alexander agung dan jugak mengenai sejarah Rome dan Greek....ilmu2 yang di perolehi cukup untuk membuka mindaku yang agak kaku mengenai sejarah ni....oleh kerana itu aku dah mual menukar cita2ku ( yang dah memang selalu bertukar pun) untuk menjadi seorang pengkaji sejarah terutama sejarah yang mempunyai hubung kait mengenai Islam..Insyaallah tercapai..

setakat ni je lah dulu la ye tulisan sulungku ini..

This entry was posted on Friday, June 18, 2010 at 5:28 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment