Biodata si Musuh Islam  

Posted by Insan yang kerdil in

Bismillahi Walhamdulillah,
Was Salaatu Was Salaam
'ala Rasulillah.

Assalamualaikum semua,

Sebagai seorang muslim yang sejati dan benar-benar cintakan agama yang suci ini kita seharusnya mengenali siapa sebenarnya musuh Islam. Musuh yang sentiasa berusaha untuk memporak perandakan seluruh kehidupan ummat manusia, khasnya yang beragama Islam. Tiada siapa yang terkecuali, asal saja dia beragama Islam, maka si musuh ini akan berusaha untuk menyesatkan agar manusia tidak lagi mengikut jalan yang sebenar.

Untuk sedikit santapan rohani dan persediaan
menghadapi dan melawannya,
marilah kita mengenali siapa musuh kita.

BIODATA: PENGENALAN DIRI

Nama penuh: Iblis la'natullah
Tarikh lahir: sejak enggan sujud kepada Adam setelah diperintahkan oleh Allah.
Status: Fasiq kelas pertama.
Agama: kufur
Alamat tempat tinggal: di hati2 orang yang lalai.
Daerah: semua tempat yang tidak ada di dalamnya usaha mengingati Allah (seperti tempat hiburan)
Alamat tetap: neraka Jahannam
Isteri di dunia: setiap wanita yang tidak menutup aurat

Kaum kerabat: semua golongan taghut
Sifatnya: muzabzab, mengikut angin, menurut keperluan.
Cita2: agar semua orang jadi kafir
Kerja yang paling disukai: homoseks dan lesbian
Makanan yang disukai: daging mayat (mengumpat)
Yang ditakuti: mukmin yang bertaqwa
Yang dibenci: orang yang selalu mengingati Allah baik lelaki atau perempuan.
Kegemaran: menggoda dan menyesatkan
Penghiburnya: artis2, seniwati dan seniman
Yang menyebabkannya menangis: bilamana orang sujud kepada Allah

STATUS PERNIAGAAN

Sumber rezeki: harta haram
Modal pusingan: angan2 kosong
Tempat berurusan: di pasar2
Musuh saingan: setiap orang Islam
Rakan kongsi: golongan munafiq
Ganjaran: dosa
Arah tuju perniagaan: ke neraka
Hujah/dalil: fatamorgana (maya)
Kaedah berkomunikasi: mengumpat, mengadu domba.mengintip
Motto kerja: "hipokrasi asas akhlak"
Uniform kerja: segala warna, macam sesumpah. Setiap tempat ada warnanya.
Kesukaan: orang yang lalai dari mengingati Allah
Yang melemahkannya: istighfar
Lambang korporat: sebarang tatoo
Pejabat: tandas dan bilik air
Bilik operasi: tempat2 najis dan maksiat
Jenis perkhidmatan: mempromosi dan memproduktifkan kemungkaran
Tempoh perkhidmatan: sampai kiamat
Daya tahan: "sesungguhnya tipudaya syaitan sangatlah lemah"
Perangkapnya: wanita

Sama2lah kita cuba melarikan diri daripadanya.

Sumber asal: kitab Al Wiqayah Minal Jin Was Syaitan
http://zulhijrah.blogspot.com/
Baca selanjutnya -

Rahsia Anak Pintar  

Posted by Insan yang kerdil

Sebuah ebook yang membongkar rahsia menjadikan
anak pintar cerdas bukan sahaja dari sudut intelek, malah
merangkumi emosi dan rohani yang merupakan keperluan penting
dalam hidup.

Ebook Rahsia Anak Pintar mendedahkan hasil kajian-kajian Barat
dan panduan pendidikan anak berasaskan amalan Ilmuan Islam
terdahulu yang telah mengungguli dunia.

Kandungan Ebook Rahsia Anak Pintar mengenengahkan
amalan-amalan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa sewaktu
anak di dalam kandungan sehingga anak-anak di peringkat
remaja bagi meningkatkan kecerdasan minda mereka

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK MENDAPATKAN KETERANGAN LANJUT:

Baca selanjutnya -

Dr Asri: Benarkan hanya azan di pembesar suara  

Posted by Insan yang kerdil in



Ulasan mengenai penggunaan pembesar suara di masjid-masjid.


Penulis adalah bekas mufti Perlis. Beliau bergelar profesor madya dan merupakan pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia.



Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan -selain azan - yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan Islam sehingga mereka menyangka ia azan.

Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah 'perjuangan mempertahankan Islam'. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;

• Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi Muhammad SAW. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

• Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan Islam dan lain-lain.


Keliru antara azan dan bacaan lain

• Ramai orang bukan Islam keliru antara azan dan bacaan-bacaan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

• Sebenarnya, Nabi sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Baginda, kata Abu Sa'id al-Khudri: “Ketika Nabi Muhammad SAW beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih). Dalam hadis ini Nabi Muhammad SAW melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain.

Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya. Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya: “Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid).

Dosa menyakiti sesiapa di sekeliling

“Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. “Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).


Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Arab Saudi yang penduduknya semua beragama Islam. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita?

Tipu daya iblis

• Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata: “Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).


Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

• Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak.



sumber:Malaysiakini.

Baca selanjutnya -

TIPS MURAH REZEKI + KEBERKATAN  

Posted by Insan yang kerdil in



Sekarang ni ramai yang mengeluh kerana dihimpit masalah kewangan. Biasalah harga barang keperluan makin hari makin naik. Namun hasil pendapatan @ gaji masih di takuk yang lama. Kalaupun ada peningkatan hasil pendapatan, ia tetap saja tak mencukupi untuk menampung keperluan harian keluarga yang semakin meningkat. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang menetap di bandar. Berkali gandalah kos yang perlu di tanggung. untuk meneruskan sisa-sisa hidup yang kian terhimpit, ramai di antara mereka yang sanggup berhutang dengan ceti haram @ ahlong. Natijahnya, hidup diburu ketakutan sepanjang masa. Tak sedikit kes-kes yang melibatkan
kekejaman ahlong ni tersiar di media2. Ada yang di ugut, pkul, bunuh dan sebagainya. Tak cerita lagi bab mereka2 yang sanggup melakukan apa saja walaupun menyalahi undang2 ataupun hukum2 agama. Tujuan mereka hanyalah satu. Dapatkan duit untuk terus hidup.
Bagi mereka, walau seperit mana sekalipun untuk hidup, ia tetap perlu di teruskan. Agaknya kenapalah keadaan ni berlaku? Kenapalah susah sangat nak perolehi rezeki yang sentiasa mencukupi?. Mungkinkah ini disebabkan rezeki yang di perolehi selama ini tak berkat.
Sebagai serang muslim, apabila bercakap soal rezeki ia wajib menitik beratkan soal keberkatan samaada dari segi bagaimana ia di perolehi serta untuk apa ia digunakan. Setiap makanan yang masuk ke dalam perut kita akan membentuk fizikal dan tingkah laku kita.

Disini saya cuba untuk kongsikan beberapa tips bagaimana untuk murah rezeki serta memperolehi keberkatan dalam rezeki tersebut...
semoga bermanfaat untuk semua....





1. Jangan sekali-kali lupa untuk menunaikan ibadah kepada Allah
Walau sibuk macammana sekalipun, pastikan diri kita sentiasa menunaikan perintah2 Allah. Beribadah kepada Allah, maka insyaAllah pasti diri kita akan dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan.
Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman- Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah (SWT) , yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.

Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w. :
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Berzikir dan Sentiasa ingat Allah (SWT)
Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah (SWT) . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT) hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w. :

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w. :

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) akan menunaikan hajatnya” (Riwayat Muslim)


8.Banyakkan berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Bangun pagi awal (Jangan tidur sampai tengahari)
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang membaca keberkatan dan murah rezeki.

11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Selalu berada dalam keadaan berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah (SWT) . Baginda s.a.w. bersabda:

“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT) akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Selalu Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab Allah (SWT) buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) Azza Wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah (SWT) membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah (SWT) menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)


14.Selalu bangun solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah (SWT)

15.Selalu menunaikan Solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah (SWT) dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah (SWT)
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah (SWT) . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah (SWT) berfirman:

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi:
“… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah (SWT) , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca

“Ya Allah (SWT) ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah (SWT) , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.”

Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Selalu berdoa dan meminta pertolongan daripada Allah
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT) , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah (SWT) suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.mohonlah kepada Allah…

19.Berusaha dan berikhtiar sehabis baik
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah (SWT) berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah (SWT) beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim).

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal dan meletak sepenuh harapan hanya kepada Allah
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah (SWT) . Firman-Nya:

“Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT) , nescaya Allah (SWT) mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:

“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT) dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)


Kesemua yang disebutkan di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah (SWT) akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (Rujuk At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah melaksanakan ibadah dan amalan-amalan yang menambahkan ketakwaan kepada Allah.

Amalan-amalan takwa ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah (SWT) , lalu Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Sekian, semoga kita semua dimurahkan rezeki dan hidup dengan penuh keberkatan dan rahmah daripadaNYA. InsyaAllah.


sumber: http://www.zilhan.com/20-tips-murah-rezeki

Baca selanjutnya -

10 PERINGATAN BUMI  

Posted by Insan yang kerdil in



sebagai peringatan kepada manusia yang sering leka mengejar tipuan dunia sehingga terlupa hakikat kewujudan akhirat yang bakal di tempuhi.

Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia, namun masih ramai yang lalai dan leka.
"Berkata Anas bin Malik r.a; sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1# Wahai anak Adam! berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan di masukkan ke dalamnya kelak.

2# Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan di azab di dalam perutku.

3# Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalamnya.

4# Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan bersedih di dalam perutku.

5# Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau tidak akan memiliki walau sedikit secebis harta di dalam perutku.

6# Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingtlah! Jasadmu akan dimakan ulat di dalam perutku.

7# Engkau angkuh d atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8# Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perut dalam keadaan hina.

9# Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan & bintang, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10# Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.


semoga menjadi renungan dan iktibar untuk kita semua agar kita benar-benar menjadikan bumi ini sebagai tempat untuk kita menyemai benih-benih
takwa dan iman untuk kita semai di akhirat nanti..INSYA'ALLAH..
Baca selanjutnya -