Bila tiba masanya Berkahwin  

Posted by Insan yang kerdil


Perkahwinan adalah sebuah kurniaan yang amat besar dari Allah untuk umat manusia. Ia menawarkan keamanan dan keselamatan kepada setiap pasangan, menjamin kesenangan fizikal serta untuk mengembangkan zuriat yang sempurna. Perkahwinan juga adalah bertujuan untuk memelihara jiwa setiap insan.


Meskipun tidak ada orang yang senang sepanjang masa, namun pernikahan pada umumnya mampu membawa kebahagiaan dan kesejahteraan kedua-dua belah pihak.
Dalam Islam, perkahwinan adalah suatu ibadat dan sunnah Rasulullah s.a.w. yang merupakan perlaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia.Orang yang berkahwin akan dapat mengatur suatu kehidupan yang baik, sempurna, dan penuh bertanggungjawab.Perkahwinan merupakan
sifat atau tabiat manusia yang cenderung untuk mengadakan hubungan sesama manusia. Allah telah menjadikan hubungan perkahwinan sebagai Sunnah para Rasul di mana ianya akan melahirkan rasa saling cinta, sikap saling bekerjasama dgn kebaikan dan bantu membantu untuk mendidik keturunan.

Melalui perkahwinan juga, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi adalah sebagai tempat untuk mendapatkan kerehatan jasmani mahupun rohani. Perkahwinan merupakan peristiwa bersejarah di mana ianya tak mudah dilupakan bagi orang-orang beriman.
IJAB - penyerahan tanggungjawab dari wali calon isteri kepada calon suami.
QABUL- tanggungjawab dari calon suami atas penyerahan itu.
Kalimah ini pendek namun mengandungi makna yang mendalam.


Kepada mereka yang kini dalam perangcangan untuk melangsungkan perkahwinan, tahniah saya ucapakan kerana anda kini sedang dalam proses untuk memenuhi tuntutan fitrah seorang insan.

Dalam duk menghitung menghitung hari bahagia tersebut, bagaimana pula dengan persiapan untuk melangsungkan majlis tersebut. Tak dinafikan untuk melangsungkan sebuah perkahwinan pada hari ini adalah tidak semudah yang disangka. Pelbagai perkara yang perlu difikirkan. Modal dah cukup ke? Dah rujuk kat pejabat Agama ke belum? Dah attend kursus kahwin ke belum? pemeriksaan kesihatan dah buat ke tak? Dah itu? dan dah ini? macam-macam yang kena buat demi sebuah perkahwinan yang sempurna.

Antara yang terpenting, dah tahu ker apa yang perlu anda buat dahulu dan dah adakah checklist untuk buat semua persiapan yang tidak pernah anda buat sebelum ini?

Perkara pertama yang akan anda fikirkan sudah pastinya buat rujukan di majalah, internet, tanya kawan2, tanya mak ayah, tanya saudara mara dan bermacam2 rujukan lagi. Yang pastinya selepas habis semua pertanyaan & rujukan tersebut, anda akan mula faham atau pun keliru dengan pelbagai persiapan yang harus dibuat. Itu belum termasuk bab modal & masa.

Jika anda perlukan:

1) bahan rujukan yang dapat memudahkan lagi urusan persiapan perkahwinan anda;

2) rujukan yang dapat menjimatkan masa anda dari ke hulu & ke hilir tanpa anda ketahui apa yang harus anda buat dahulu;

3) bahan rujukan yang dapat membimbing anda tentang proses & peraturan memohon kebenaran kahwin & borang2 yang perlu diisi;

4) checklist yang akan memudahkan lagi persiapan kahwin anda dari sebelum, semasa & selepas majlis kahwin;

5) adab & persediaan sewaktu merisik, bertunang, malam berinai, nikah, bersanding, majlis resepsi dan selepas majlis resepsi;

6) dan pelbagai lagi persiapan yang anda tidak pernah lakukan sebelum ini.

Jika anda perlukan panduan & penyelesaian mudah untuk semua itu, nasihat saya dapatkan segera bahan rujukan yang mudah dan murah demi mengelakkan anda
membuat persiapan yang salah & yang paling penting MEMBAZIR!

Jika anda nak tahu rujukan apa yang saya maksudkan itu, sila rujuk di sini www.rancangkahwin.com




Nasihat saya, buatlah keputusan yang bijak, agar majlis kahwin anda nanti berjalan dengan lancar tanpa perlu pening kepala & silap dalam membuat persiapan majlis kahwin anda yang hanya sekali dalam seumur hidup anda. Dan yang paling penting, persiapkan diri anda dengan ilmu agama yang secukupnyakerana perkahwinan yang tidak berlandaskan agama pasti akan menemui kegagalan kelak. Saya doakan anda semua mampu membina sebuah perkahwinan yang diberkati dan diredhai serta kekal untuk selamanya. Saya juga mengimpikan sebuah perkahwinan yang sebegitu..Insya'allah..

Sekian.....
Baca selanjutnya -

Seorang Gadis Itu  

Posted by Insan yang kerdil

Seorang gadis itu...
Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... tulus wajahnya, setulus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...

Seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ...
namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...

Seorang gadis itu ...
teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...

Seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Òishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...

Seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah.

Seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...

Seorang gadis itu ...
melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ...

Seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ... kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni�mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu ... anugerah istimewa kepada dunia!

Seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dahípayah & mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...

Seorang gadis itu ...
moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ... seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga lah-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ... menuju cintaNYA yang ABADI.

sumber:http://rud1.abatasa.com( Rudi Al-Farisi )
Baca selanjutnya -

Khasiat Budu  

Posted by Insan yang kerdil in


Tengah belek2 dan selongkar beberapa laman kat i-tenet ni aku terjumpa plak cerita pasal makanan kesukaan ore pantai timur terutamanya ore klate(termasuk aku le) iaitu budu. Tak ku sangka plak sebenarnya budu ni tersimpan pelbagai khasiatnya yang tersendiri. Mulanya aku ingat artikel tersebut hanya direka2 ke. Rupanya ia telah terbukti melaui kajian saintific. Dikatakan bahawa budu adalah baik untuk tujuan kecantikan. Sehinggakan ada yang memasukkan kandungan budu kedalam produk kosmetik. Antara khasiat budu ni ia berkesan sebagai agen mencerahkan kulit dan antipenuaan. Melalui artikel itu juga mengatakan bahawa budu mampu membuatkan seseorang lebih pintar kerana ia merangsang sel otak. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan. Sebagai pemakan budu tegar, rasa bangga jugak la aku bahawa makan yang selama ni di perlekehkan oleh banyak pihak rupanya tersimpan penawar kesihatan yang banyak padanya.

Jadi, sesiapa yang sebelum ini belum pernah merasa kelazatan budu boleh la cuba berjinak untuk makan makanan istimewa orang pantai timur.

nak tahu lebih lanjut tentang budu.
baca disini : kosmo - wikipedia - facebook.

Baca selanjutnya -

Seketika bersama Bob Lokman: "Dari dunia hiburan ke pentas dakwah"  

Posted by Insan yang kerdil

Alhamdulillah semalam aku berpeluang untuk bersua secara live dengan abang Bob Lokman dalam satu program perkongsian ilmu dan pengalaman yang dianjurkan oleh sebuah kelab kat universiti aku ni. Ramai jugak la yang datang, sampai penuh sesak dewan. Progaram ni dianjurkan adalah untuk mendengar sendiri dari mulut abang Bob lokman kenapa beliau memilih untuk keluar dari dunia hiburan yang penuh glamor dan publisiti dan seterusnya memilih untuk terlibat dengan dunia dakwah yang sukar dan penuh onak duri. Dari penjelasan beliau rasanya semua yang ada kat sane semalam dah jelas kenapa beliau berbuat demikian.

Banyak yang dikongsikan abang bob semalam.Menurut abang bob beliau memilih untuk berubah setelah beliau menyedari bahawa jalan yang beliau lalui sebelum ini adalah semata2 kerana ingin mengejar keseronokkan dunia dan memenuhi tututan adat menyedari kesilapan yang beliau lakukan itu, dari situ beliau mengambil keputusan untuk mengubah cara hidup yang selama ini hanya untuk memenuhi tuntutan adat kepada kehidupan yang dipenuhi dengan ibadah kepada Allah semata2. Melihat keadaan keluaraga, terutama anak2nya yang lebih mengutamakan untuk memenuhi tututan adat sehingga seringkali mengabaikan suruhan agama membuatkan abang bob berikrar untuk mengubah sepenuhnya cara hidup beliau sekeluarga. Anak2 yang sebelum ini disekolahkan di sekolah biasa ditukarkan ke sekolah tahfiz. Kata abang Bob beliau nak anak-anaknya belajar di sekolah yg mempunyai masjid yang lebih besar berbanding bangunan sekolah itu sendiri.

Sesekali dewan dihiasi dengan gelak ketawa para mahasiswa yang hadir dek kerana jenaka spontan yang dibuat oleh Abang Bob. almaklum la, bekas juri raja lawak. Walaupun berjenaka, namun nasihat2 yg disampaikan oleh abang Bob mampu memberi kesan kepada kami.Terasa terharu dengan semangat baru abang Bob untuk berjuang di jalan Allah sehingga beliau sanggup meninggalkan segala kemewahan, keseronokan dan kepopularan semata2 untuk mengejar keredha'an Allah. Abang Bob meninggalkan dunia hiburan yang menjajanjikan pulangan 35-50 ribu sebulan dan terjun pula ke dunia dakwah yang tidak menjanjikan apa2 keuntungan dunia bahkan pula 1001 dugaan yang bakal beliau tempuh selepas ini. Namun jalan yang sukar ini tetap jadi pilihan beliau kerana beliau yakin keuntungan yang cukup besar menanti di akhirat kelak. Abang Bob juag seringkali menangisi kesilapan lalu yang telah beliau lakukan dulu
lantaran kebodohan diri sendiri.

Semangat juang beliau kini xperlu diragui lagi. Minggu lepas ketika beliau terlantar di wad kerana ada masalah kesihatan, beliau minta izin kpd doktor untuk keluar wad kerana ada undangan yang perlu beliau penuhi. mulanya doktor tak bagi keluar krna akan menjejaskan kesihatan beliau, tapi abang bob kata kat doktor tu "saya lebih rela mati dalam pejalanan untuk memenuhi tuntutan perjuangan krna Allah dari mati di hospital" akhirnya doktor bagi je lah beliau keluar wad.Sebagai cicit kepada Tok Kenali, ternyata darah ulama terbilang tanah air itu masih segar mengalir di dalam tubuh Abang Bob Lokman.

Mungkin disebabkan beliau terlibat secara aktif dengan politik pembangkang, maka perubahan yang beliau lakukan ini turut tidak disenangi oleh sesetengah pihak. Walaupun beliau banyak menerima kata2 nista dari pelbagai pihak, namum semangat juang beliau tidak sedikitpun luntur kerana beliau mulai sedar bahawa inilah yang perlu ditempuhi dalam mengisi sebuah perjuangan.

Perubahan Abang Bob mampu memberi warna baru dalam dunia dakwah tanah air. Aku pun turut terkesan dengan perubahan yang Abang Bob lakukan ini. Berubahnya abang Bob membuktikan bahawa setiap manusia mampu berubah kejalan yang terbaik. masing2 di beri peluang yang sama, yang penting kita perlu sentiasa berdoa agar Allah memberikan Hidayah serta Taufiq-Nya kepada kita semua.
Tahniah Abang Bob. Teruskan perjuangan abang, kami sentiasa menyokong perjuangan yang benar.






Baca selanjutnya -

Saudaraku  

Posted by Insan yang kerdil


















Saudaraku....
Engkau bangsa yang istimewa
sopan santunmu itulah yang utama
keramahanmu buat orang terkesima
dan kerana Islam engkau sempurna
kerana itu aku gembira.

Saudarku....
kini kau lemas dalam dunia
cara hidup barat jadi budaya
jalan hidupmu kian hilang serinya
maka jadilah engkau bangsa tak berdaya
haruskah aku rasa bahagia?

Saudaraku....
kenapa engkau jadi begini
kemana hilang jati diri
iman dan takwa kau jauhi
kini kau bukan lagi Melayu sejati
jauhmu dari Islam aku kesali

Saudaraku...
janganlah engkau terus terlena
jauhilah diri dari yang lagha
elakkan diri dari bencana
kembalilah engkau kpd yang Esa
doaku janganlah engkau binasa

Saudara
ku....
engkau
adalah sahabatku
ayuhlah kita saling berseru
hidayah Allah sentiasa dirayu
agar kita terus maju
padamu aku ter
us merayu

Saudaraku...
orang Melayu bangsa yang Gemilang
kerana Islam kita cemerlang
iman dan takwa janganlah menghilang
hari bahgia pasti menjelang
gembiranya aku tiada kepalang

Saudaraku....
engkau adalah bangsa yang terpilih
teruslah melangkah jangan menoleh
jadilah engkau umma
t yang soleh
nescaya Syurga engkau peroleh
engkau dan aku pastinya boleh..


Baca selanjutnya -

Bagaimana Memulakan Perniagaan Cara Rasulullah SAW  

Posted by Insan yang kerdil in


Bagaimana memulakan perniagaan? Kini saya dapati ramai orang dah mula berniaga, sama ada secara part time atau full time. Dan memecahkan dominasi yang telah dibuat oleh penjajah satu ketika dulu (long way to go).

Berniaga adalah satu sunnah yang sudah dilupakan oleh sesetengah orang. Disebabkan orang kita dah biasa dengan makan gaji, bila kit nak memulakan perniagaan, pelbagai tanggapan akan timbul, contohnya:

“Hidup sederhana sajalah, buat apa nak kejar kekayaan…”

“Bersyukurlah dengan apa yang ada…”

“Kalau kaya jutawan tapi hati tak tenang, lupa Tuhan buat apa…”

“Cukuplah dengan harta yang ada, buat apa nak kumpul2 lagi, bukan boleh bawa mati…”

“Meniaga tu sebab nak kaya cepat lah tu”

Menjadi usahawan ialah salah satu karier yang dijalankan oleh Nabi kita sendiri. Nabi Muhammad SAW untuk pengetahuan anda adalah seorang usahawan berjaya. Tapi disebabkan tak ramai yang mengetahui sirah Baginda, maka tak ramai lah yang tahu akan kerjaya Baginda sebagai businessman di samping seorang pemimpin agama, negarawan, pendakwah, dan sebagainya.

Rasulullah SAW telah didedahkan dengan ilmu perniagaan sejak kecil lagi. Baginda sering mengikuti bapa saudaranya Abu Talib berniaga, malah pernah dibawa ke negeri Syam (kini Syria) semasa berusia 12 tahun mengikuti Abu Talib menjalankan urusan perniagaan di sana. Dari situ Rasulullah SAW belajar selok belok perniagaan sehingga Baginda diberi kepercayaan untuk mengendalikan perniagaan bapa saudaranya dan juga orang Quraisy yang lain.

Perniagaan adalah perkara yang penting dalam Islam, malah menjadi satu terminologi yang sering disebut dalam al-Quran, contohnya:

Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau secara terang-terangan, mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan rugi(35:29)
Wahai orang-orang yang beriman. Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Yakni kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (61:10-11)

Kenapa Allah menyebut perniaagaan dan bukan pekerjaan? Kerana perniagaan itu ialah sesuatu yang menguntungkan dan memerlukan usaha tulang empat kerat kita sendiri. Dan boleh juga merugikan sekiranya tidak dijalankan dengan betul.

“9/10 daripada harta ialah dari hasil berniaga” (HR Tirmizi)

Ramai yang salahfaham tentang konsep berniaga. Berniaga bukan bertujuan untuk mengumpul harta (Ya, ia menjadi begitu sekiranya si peniaga berniat begitu).

Allah berfirman:

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang bathil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku atas dasar suka sama suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. (4:29)

Bermakna berniaga itu adalah sesuatu yang mesti dilakukan atas dasar suka sama suka dan tidak menipu atau menindas orang lain. Kepada siapa mesej ini diberikan? Adakah kepada Ah Chong? Tentu tidak sebab ia adalah ayat al-Quran yakni panduan kepada orang Islam. Nyatalah Islam sendiri menyuruh kita menjalankan perniagaan.

Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula dengan jual beli dari mengingati Allah, dan dari menunaikan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang bila hati dan penglihatan digoncangkan.(24:37)

Malah Rasulullah SAW pernah bersabda tentang kemuliaan seorang peniaga

Peniaga yang jujur akan ditempatkan di kalangan para Nabi, para Syuhada’ dan Siddiqin (HR Tirmizi)

Di sini dinyatakan bahawa sifat yang tercela ialah bila dilalaikan oleh perniagaan hingga lupa pada Allah, dan tidak membayar zakat. Bermakna berniaga adalah satu perkara yang utama selagi tidak melupakan Allah dan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti menunaikan zakat. Memang jadi masalah kalau dah mula berniaga, dah untung mula rasa diri best, nak keluarkan zakat rasa sayang, takut habis pula harta. Sedangkan Allah sudah berjanji dalam ayat seterusnya dalam surah di atas:

Mereka mengerjakan itu supaya Allah memberi balasan kepada mereka denganyang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan, dan supaya Allah menambah kurnia-Nya kepada mereka. Dan Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakinya tanpa batas (24:38)

Bermakna semakin kita jujur dalam perniagaan, semakin kuat pergantungan kita kepada Allah, semakin banyak kita infak harta, semakin banyak kurniaan-Nya kepada kita.

Jelas kan rezeki Allah itu dari secupak boleh jadi bercupak-cupak?



Berbalik kepada komen-komen ‘bernas’ dari mereka-mereka yang tidak menyokong perniagaan di atas… Mencari dan memiliki harta itu adalah dituntut dalam Islam. Buktinya banyak surah yang menyebut tentang jihad dengan HARTA DAN JIWA. Jiwa memang kita sedia miliki selagi kita belum mati. Harta?

Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, dengan tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar imannya (49:25) Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk & tidak turut berperang dari kalangan orang-orang yang beriman (selain daripada orang-orang yang ada keuzuran) dengan orang-orang yang berjihad pada jalan Allah dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (sebab uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satunya Allah menjanjikan dengan balasan yang baik, dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (sebab uzur) dengan pahala yang amat besar (4:95) Berjuang yang dimaksudkan dalam ayat-ayat di atas bukanlah tertakluk kepada jihad berperang semata-mata, malah mencakupi setiap sudut kehidupan (rujuk Tafsir Ibnu Kathir).

Kenapa kita perlu memiliki harta?

1. Dengan harta kita boleh mengeluarkan zakat, sedekah dan membantu sesama Islam. Contoh mudah, kenapa dakwah agama lain (contohnya Kristian) lebih berkesan dari dakwah Islam? Kenapa orang Islam yang murtad dengan gembiranya mengumumkan keluarnya mereka dari Islam sedangkan orang agama lain yang masuk Islam takut-takut? Salah satunya kerana dana dan support mereka begitu besar dan banyak diuruskan badan2 NGO sedangkan dana umat Islam biasanya diurusakan oleh badan2 kerajaan sahaja.
2. Harta boleh digunakan untuk membangun agama. Nak buat sekolah agama kita terpaksa ke sana sini, kerah anak murid untuk minta derma (walaupun dalam bentuk jual kalendar dan kismis). Ibu bapa yang menghantar anak-anak ke skolah agama tidak semua mampu untuk memberi sponsor membangunkan sekolah. Berbeza dengan sekolah Cina contohnya (bukan bermaksud nak membezakan kaum, sekadar contoh dan perbandingan), dana yang dikutip dari ibu bapa pun dah cukup nak buat bangunan sekolah.
3. Ketiadaan harta (fakir) boleh mendekatkan kita kepada kekafiran (sabda Rasulullah). Ia memang benar-benar terjadi. Bila terjebak dalam desakan hidup, manusia sanggup buat apa saja, malah sanggup jadi pelacur untuk sesuap nasi.
4. Harta untuk penyebaran dakwah Islam. Sekarang ni zaman semuanya kena dibeli. Kalau tak ada duit, bagaimana kita nak bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk sebarkan dakwah? Kalau duit sekadar cukup untuk kita makan anak beranak, bagaimana nak bantu jiran sebelah?
5. Pemilikan harta supaya kita boleh beribadah dengan tenang. Bayangkan kalau kita tak ada rumah, tinggal dalam kotak, anak menangis tak ada susu (ni kes maknya tak ada ilmu breastfeed & tak ada duit nak beli buku atau pergi kursus), lepas tu kita pula lapar tiada makanan. Macamana kita nak beribadah dengan tenang? Nak solat pun mungkin terganggu dengan kelaparan dan tangisan anak. Apa lagi nak bersedekah, nak berbaik2 dengan jiran dan sebagainya.
6. Suara kita tidak didengar bila kita miskin. Bayangkan kita dengan niat nak berdakwah tapi kita tak ada duit langsung. Pergi ke rumah orang disangka nak mintak derma. Bila ada kes kecurian ke orang mudah menuduh kita oleh sebab kita miskin. Bila kita nak beri pendapat dalam meeting RA orang taknak dengar sebab kita tak ada pengaruh. Bukankah itu sesuatu yang sukar?

Rasulullah miskin? Tidak, Baginda seorang yang kaya. Cuma hidup yang dijalaninya tidak seperti orang-orang kaya. Tak ada rumah banglo, tak ada home theatre, tak ada karpet tenggelam kaki, tak ada baju branded… tapi cuba lihat bila Baginda keluar berjuang, contohnya berperang. Baju perang, pedang Baginda adalah dari yang terbaik, kuda2 perang dari jenis yang terbaik. Makna kata seluruh harta Baginda digunakan untuk memperjuangkan ISlam, bukan membuncitkan perut sendiri. Malah Baginda Rasulullah pernah mengikat batu2 ke perutnya untuk menahan lapar.

Rasulullah pernah bersabda tentang pemilikan harta:
“Harta itu merupakan kekayaan terpuji TETAPI hanya bagi orang yang soleh, kerana orang yang soleh akan menggunakan hartanya secara bijaksana, tidak dikotori rasa angkuh yang menghilangkan keberkatan dari Allah”
Jadi nyatalah amat besar perkaitan antara ketakwaan dan pemilikan harta. Harta itu boleh menjadi satu medium yang sangat kuat dalam perjuangan dan boleh juga jadi punca kemurkaan Allah seperti yang terjadi kepada Firaun dan Qarun.

Jika diteliti sunnah-sunnah Rasulullah dan ayat-ayat cinta dari Al-Quran, harta dan hasil perniagaan adalah alat-alat untuk menyampaikan kita kepada Allah. Namun itu tertakluk kepada sejauh mana hubungan kita dengan-Nya pada peringkat awal. Harta dan perniagaan juga boleh jadi pintu ke neraka sekiranya ia makin menjauhkan kita dengan-Nya.

Jadi penuhilah tuntutan agama untuk berjihad dengan sebenar-benar jihad. Jihad itu bukannya dengan menawarkan diri untuk menjadi suicide bomber. Kita lihat kebangkitan Islam di zaman Rasulullah bermula dengan pembinaan akidah, bukan terus memerangi orang kafir Quraisy. Zaman sekarang ni lebih teruk lagi keadaannya dari zaman Jahiliyah. Orang Jahiliyah sekurang-kurangnya ada pedoman hidup juga dari ‘Tuhan’ mereka (yang dipanggil Latta dan Uzza) tapi sekarang ni ramai orang dah tak bertuhan. Orang Jahiliyah bunuh anak perempuan kerana rules dalam bangsa mereka, orang sekarang bunuh saja anak apa-apa pun sebab hasil zina. Eh, bukan hasil zina pun kena bunuh juga (kes dera). Orang Jahiliyah kuat ikatan kekeluargaannya mengikut kabilah2 tertentu. Orang sekarang, dengan mak bapak pun buat musuh.

Akhir zaman, itu satu. Tapi selagi dunia belum kiamat, kita tak boleh tunggu aje. Ingat kiamat tu datang esok ke. Kita kena buat sesuatu…. Sebelum semua benda yang kita makan/pakai/guna adalah ‘agenda Yahudi’.


sumber:
http://mysuperkids.net
Baca selanjutnya -

Islam Bukan Sains Dan Sains Bukan Islam  

Posted by Insan yang kerdil

Istilah mengIslamkan sains seakan-akan menjadi satu gelombang baru untuk para saintis Islam membuktikan kebenaran Islam. Pengislaman sains ialah satu cara untuk memaparkan ilmu sains sebagai selaras dengan ajaran Islam.

Al-Quran Sebagai Sumber Inspirasi

Gerakan ini menggunakan penemuan-penemuan sains moden dan memadankannya dengan ayat-ayat Al-Quran yang difikirkan boleh diterima akal. Di antaranya ialah penemuan sains berkenaan bumi ini bulat dan memadankannya dengan ayat ke-19 Surah Al-Hijr atau memadankan Surah Ar-Rum ayat ke-48 dengan pemahaman sains berkenaan kitaran hujan.

Terkini, apabila teori letupan agung (Bing Bang) oleh Edwin Hubble mulai diterima oleh masyarakat sains kontemporari menggantikan teori steady-state oleh Fred Hoyle, pada masa yang sama dikeluarkan juga dalil daripada Al-Quran (ayat ke-30, Surah Al-Anbiya) yang telah lama menyokong penemuan saintifik ini.

Para pengusul dalil ini membuat tafsiran berdasarkan dua kata dasar bahasa Arab dalam ayat tersebut, 'ratq' bermaksud 'bercantum' dan fataq yang bermaksud 'memisahkan atau membelahkan'.

Dengan erti kata lain, Islam itu sendiri sudah lama membuktikan teori gelombang agung kerana ianya sudah dinyatakan didalam ayat Al-Quran yang berumur lebih daripada 1400 tahun.

Cara pemikiran ini dirancakkan lagi di dalam buku-buku karya Harun Yahya dari Turki.

Pembaharuan berfikir secara saintifik di dalam membuktikan kebenaran Islam sebenarnya adalah satu trend yang sihat sebagai satu lagi wadah dakwah yang mencerminkan budaya umat Islam berfikir sudah berubah. Sebagai contoh nilai bantu wadah dakwah ini, apabila bukti saintifik yang menunjukkan satu rekahan yang begitu panjang di permukaan bulan sepadan dengan mukjizat Nabi Muhammad SAW yang telah membelah bulan apabila dipinta oleh orang-orang Quraisy telah membuatkan manusia barat berbondong-bondong menjadi 'saudara baru' memeluk Islam.

Pembaca Pasif


Sebenarnya, umat Islam adalah pembaca-pembaca yang pasif walaupun ayat-ayat Al-Quran itu sendiri mengajak mereka untuk berfikir secara kritis dan inovatif.

Sebagai contoh, teori letupan agung telah berada di dalam dada Al-Quran selama lebih daripada 1400 tahun tetapi tiada seorang pun umat Islam yang menyedari akan tujuan sebenar ayat tersebut.

Surah ini sudah dibaca oleh berjuta-juta umat Islam dari dulu sehingga sekarang tetapi tiada seorang pun yang berhenti sejenak dari bacaan mereka dan merenung dengan kritis maksud di sebaliknya. Kemudian dengan sabarnya menunggu waktu malam untuk melihat langit di atasnya untuk memerhati apakah ayat itu cuba menyampaikan sesuatu berkenaan langit dan bumi. Mungkin dulu ianya satu. Selepas membuat pemerhatian dan mendapat keyakinan bahawa langit dan bumi mungkin pada suatu masa dahulu bercantum, mulai mencipta radas-radas dan alat-alatan saintifik untuk membuktikan pemerhatiannya sekaligus membenarkan ayat-ayat-Nya.

Tugasan ini mungkin rumit dan meletihkan tetapi ianya juga salah satu wadah jihad untuk sarjana-sarjana Islam. Sebaliknya, apa yang berlaku adalah hampir kesemua sarjana dan pemikir Islam kontemporari hanya menunggu 'durian runtuh' dan menikmati hasil penat lelah pemikir-pemikir yang mencipta penemuan tersebut.

Jika kita membilang sudah berapa banyak penemuan sains yang sepadan dengan dalil-dalil Al-Quran yang dibaca oleh Muslim setiap hari, mungkin sudah ramai penerima hadiah Nobel terdiri daripada umat Islam dan bukannya orang Yahudi.

Di dalam artikel ini, saya akan cuba memperkenalkan cara untuk memanfaatkan kaedah-kaedah sains untuk menyelesaikan permasalahan umat Islam masa kini. Mungkin ada sarjana-sarjana Islam akan membantah kerana Islam tidak boleh di'sains'kan sepertimana ilmu laduni (ilmu yang diturunkan oleh Allah secara langsung kepada manusia). Dalam erti kata lain, Islam tidak boleh diukur oleh radas-radas dan alat-alat saintifik.



Sebenarnya, Islam itu sendiri mempunyai cabang ilmu yang bersifat mengukur iaitu ilmu Fikah. Ilmu fikah menyerupai ilmu Fizik di dalam sains di mana ianya melibatkan akal kerana sains lebih bersifat akal. Ini bermakna Fiqah adalah cabang ilmu di dalam Islam yang mengkaji suatu permasalahan ummah yang boleh diukur, dikaji dan diulangi.

Menentukan Arah Kiblat

Kebanyakkan saudara baru selalunya merujuk kepada buku oleh Ahmed Galwash yang menyatakan untuk mencari arah kiblat yang betul adalah dengan mengunakan peta Mercator, kemudian letakkan satu hujung pembaris ke arah si pencari berdiri dan satu hujung pembaris lagi pada arah Mekah, buat satu garisan menggunakan pen dan itulah arah kiblat.

Ramai juga muslim menggunakan konsep bulatan agung (Great Circle concept) yang selalunya digunakan dalam penerbangan. Jarak bulatan agung ditakrifkan sebagai jarak terpendek di antara dua titik pada permukaan satu sfera. Kaedah pencarian arah kiblat yang tepat menggunakan konsep bulatan agung telah dicipta oleh Fred Sawyer III, seorang ahli matematik.

Satu kaedah bergeometri juga diperkenalkan dengan menggunakan ukuran darjah satu sudut di antara utara dan kedudukan seseorang kearah Kaabah. Sudut itu dipanggil azimuth, daripada perkataan Arab samt yang bermakna arah.

Walaubagaimanapun, permasalahan arah kiblat kebanyakkan diselesaikan oleh mereka yang dilahirkan Muslim lebih bersifat santai dan boleh dibahagikan kepada dua kategori; mengikut cara tradisi dan menggunakan kaedah bermatematik.

Kompas kiblat sebenarnya adalah evolusi daripada kaedah bermatematik.

Kaedah tradisi termasuklah, "Jika anda boleh melihat Kaabah, maka itulah arah kiblat' atau 'Jika anda berada di Mekah, ikut arah di mana penduduk asal itu menghadap'.

Tetapi masalah menjadi semakin rumit apabila seseorang Muslim itu tidak tinggal di Mekah. Maka pelbagai petua dicipta seperti mengikut arah angin tertentu atau teruskan solat tanpa mengetahui arah kiblat kerana empat dinding Kaabah mengala ke semua arah.

Kemudian kaedah bermatematik dicipta, atau kuasi-matematik. Secara sejarahnya, masalah paling utama dalam menggunakan kaedah bermatematik adalah tiada ilmuwan boleh menentukan longitude sesuatu tempat secara tepat. Maka, kaedah bermatematik adalah paling berkesan tetapi dilemahkan dengan fakor geografi. Oleh kerana itu, walaupun kaedah bermatematik lebih maju dan tepat, tetapi keputusannya -- mengikut penemuan terkini – tersasar.

Ada usaha fuqaha beraliran sekular menggunakan pengiraan trigonometri. Ianya dikira menggunakan lokasi koordinat seorang muslim, koordinat Kaabah (atau Mekah), dan satu formula trigonometri bersfera mudah untuk menentukan bulatan agung yang di antaranya menggunakan kaedah trigonometri seperti sine dan cosines dan kadangkala menggunakan sektor kuadran tangents dan cotangents.

Perpecahan Umat Islam

Sepanjang sejarah Islam, ahli-ahli astronomi Islam telah menghabiskan masa mereka untuk menentukan arah kiblat dan mencipta alat-alat seperti astrolabe, di mana kemudiannya menjadi alat yang terpenting untuk pelayaran dan penjelajahan. Perlu diingati, kiblat pertama umat Islam sebenarnya bukan Kaabah tetapi Jeruselam dan umat terdahulu berkongsi arah dengan orang Yahudi dan kemudiannya arah kiblat telah berubah selama-lamanya ke Kaabah oleh Nabi Muhammad SAW.

Perubahan ini memberi identiti sendiri kepada umat Islam supaya berbeza daripada orang Kristian dan orang Yahudi. Oleh itu, kiblat menjadi urat nadi umat Islam.

Persoalan arah kiblat menjadi mudah di negara di mana penduduknya adalah majoriti Islam kerana telah dijawab beratus tahun dahulu oleh nenek moyang mereka yang juga beragama Islam. Tetapi oleh kerana proses mobiliti dan penyebaran populasi yang dibawa oleh sejarah pengkolonian, pembaharuan oleh era globasisi dan penghijrahan umat Islam secara besar-besaran telah mencipta satu keperluan untuk menentukan arah kiblat yang lebih tepat di negara-negara yang mempunyai Islam minoriti seperi Amerika, Australia dan New Zealand.

Contohnya,kebanyakkan masjid-masjid pendatang di Detroit, Amerika, ketika dulu menghadap Timur atau tenggara. Kemudiannya pada tahun 1978 seorang Fuqaha Islam, S. Kamal Abdali, telah mencadangkan bahawa arah kiblat bagi Amerika Utara adalah di Timur Laut dan cadangan ini diterimapakai di Amerika Utara sehingga kini.

Malangnya, permasalahan arah kiblat menjadi semakin rumit apabila melibatkan perbezaan mazhab dan pada akhirnya umat Islam berpecah-belah.

Lebih memalukan, di dalam era matematik, geografi dan komputer ketika sains pelayaran, pengiraan dan Cartography mencapai kemuncaknya, dan dengan penciptaan teknologi terkini, orang bukan Islam tidak menemui masalah di dalam mencari arah untuk belayar sehingga ke kutub utara dan mengembara hingga ke bulan, walhal umat Islam masih tidak mempunyai persetujuan di dalam isu yang kecil ini.

Diceritakan cara menentukan arah kiblat bagi masjid baru di Tierra del Fuego adalah dengan memanggil seorang Fuqaha dari Algeria dan mendengar pendapatnya dan apabila masjid itu siap dibina seorang lagi Fuqaha ternama Islam melawat masjid tersebut telah memberi pendapat yang berbeza berkenaan arah kiblat.

Fatwa secara subjektif ini telah membuatkan Islam amat sukar diterima di benua Amerika. Kaedah memberi fatwa secara subjektif ini juga telah mencipta jurang baru sesama umat Islam dan akhirnya mengakibatkan perpecahan. Sewajarnya, kaedah memberi fatwa yang bertunjangkan ijtihad bersandarkan dengan fakta yang lebih bersifat saintifik supaya mudah diterima akal.

Projek Satu Arah Kiblat

Isu ini sebolehnya tidak boleh dipandang enteng oleh umat Islam terutamanya sarjana-sarjana Islam. Oleh itu, satu projek yang dinamakaan 'Satu arah kiblat' dicipta oleh saya dengan khidmat nasihat oleh seorang ulama terkenal UK telah dilancarkan.

Tujuan utama projek ini adalah untuk menentukan arah kiblat secara saintifik demi menyatukan umat Islam di samping memberi satu kaedah baru kepada dunia Fikah berkenaan ijtihad.

Seperti yang telah dibincangkan, terdapat dua cara menentukan arah kiblat iaitu (1) cara tradisi dan (2) kaedah bermatematik, tetapi kini kami memperkenalkan kaedah ketiga iaitu secara kaedah saintifik. Kaedah ketiga ini amat mudah iaitu dengan memerhatikan arah piring satelit yang boleh didapati di mana-mana sahaja.

Sebagai bukti, jika anda berada di Malaysia, cuba perhatikan arah piring satelit Astro dan arah mana-mana masjid yang berdekatan. Sepanjang pemerhatian saya, hampir kesemua piring satelit Astro menghadap ke arah kiblat dengan tepat. Ketepatan arah kiblat menggunakan arah piring satelit adalah amat tepat dan terbukti apabila diukur ketepatannya dengan kompas kiblat.

Untuk memastikan bahawa kaedah ini boleh diterima pakai di seluruh dunia, kami akan mengumpul data arah piring satelit di segenap benua. Dengan data yang akan dikumpul, maka kesimpulan dapat dibuat secara statistik sama ada kedudukan piring satelit di seluruh dunia kesemuanya menghadap Kaabah.

Jika kesimpulan berstatistik mendapati kesemua piring satelit di seluruh dunia menghadap Kaabah maka satu alat baru dapat dicipta dengan memahami lebih lanjut fenomena ini dan sekaligus meredakan perselisihan di antara umat Islam masa kini.

Seperti dinyatakan, kompas kiblat datangnya daripada evolusi kaedah bermatematik yang bergantung kepada ketepatan koordinat sesuatu lokasi dan seperti yang dibincangkan masih lagi diragui ketepatannya.

Oleh kerana itu, proses membina masjid baru di benua Amerika masih lagi menggunakan kaedah tradisi dengan pedoman seorang Fuqaha yang selalunya bersifat subjektif.

Di dalam kesempatan ini, saya ingin memohon kerjasama semua Muslimin dan Muslimat supaya dapat berganding bahu untuk membantu saya melaksanakan projek ini. Kami dalam peringkat membina laman web sebagai alat untuk pengumpulan data.

Tujuan pembinaan laman web ini adalah untuk meminta kerjasama individu Muslim memberi arah mana-mana piring satelit yang mereka jumpai dengan pengesahan daripada arah masjid yang berdekatan dan juga daripada kompas kiblat.

Walaupun kompas kiblat kurang tepat tetapi penggunaannya masih lagi boleh diterima pakai pada peringkat pengumpulan data. Semoga projek ini dapat menjadi satu nafas baru kepada penyatuan umat Islam di seluruh dunia.

sumber: Artikel iluvislam.com

Penulis ialah Shahrel Nazri merupakan pelajar PhD jurusan matematik di University of Cambridge, United Kingdom.
Baca selanjutnya -

Gempa 8.9 skala richter cetus tsunami di Jepun  

Posted by Insan yang kerdil

Harakahdaily


TOKYO, 11 Mac: Gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala richter melanda Jepun awal petang tadi mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter melanda bebarapa bandar kawasan pantai negara itu.

Kejadian itu mengakibatkan banyak kes kecederaan, namun kes kematian masih belum diperolehi dari kawasan yang dilanda bencana di pulau Honshu.

Ombak setinggi 10 meter dilaporkan melanda Sendai di timur laut Miyagi, pulau Honshu mengakibatkan banyak kapal, kereta dan sisa runtuhan dihanyutkan ke kawasan bandar. Gempa bumi itu mengakibatkan gegaran kuat bangunan di Tokyo yang dihuni 30 juta penduduk.

Sekurang-kurangnya enam kes kebakaran dilaporkan di Tokyo akibat gempa selain menyebabkan sistem subway dihentikan, siren kecemasan dibunyikan dan orang ramai berpusu-pusu keluar dari bangunan.

Kepulan asap dikesan membabitkan sekurang-kurangnya 10 lokasi di bandar raya itu di mana lebih empat juta kediaman terputus bekalan elektrik selain beberapa kawasan ditenggelami air termasuk kawasan letak kereta Disneyland Tokyo.

Gempa bumi berlaku pada jam 2.46 petang (0546 GMT) selama dua minit dengan gempa pertama kira-kira 400 kilometre di timur laut Tokyo, menurut US Geological Survey.

Ia diikuti beberapa gempa susulan antaranya sekuat 7.1 skala richter.

Perdana Menteri, Naoto Kan memanggil sidang Kabinetnya sejurus dilanda gempa dan kerajaan Jepun menghantar kapal tentera lautnya dari Tokyo ke kawasan yang paling teruk di timur laut Miyagi.

Jepun terletak di atas Lingkaran Api Pasifik dan turut mempunyai titik gunung berapi di mana Tokyo terletak di antara kawasan paling berbahaya.

Amaran tsunami turut dikeluarkan kepada Taiwan, Russia dan Kepulauan Mariana, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik. - Agensi

video yang menunjukkan tsunami yang melanda jepun

Gempa bumi terburuk sejak 140 tahun di Jepun pagi tadi terus memberi impak ekonomi.

Beberapa stesen nuklear dan loji minyak negara itu terpaksa ditutup menyebabkan kerugian ketara.

Turut disahkan, tiga reaktor nuklear di Loji Nulkear Onagawa, utara Jepun ditutup serta merta akibat gempa yang terlalu kuat.

Tiga loji minyak dan gas di Sendai, Kashima dan Negishi turut menghentikan operasi.

Kilang besi utama negara itu juga terbakar.

Selain itu, sistem rangkaian jalan teruk terjejas.

Bank Pusat Jepun yang masih berdepan kesukaran merangsang ekonomi negara itu, kini sedang berusaha memastikan pasaran kewangan kekal stabil.

Beberapa kilang automotif dan semikonduktor di utara Jepun dijangka terpaksa ditutup.

Mata wang Yen turut didagang lemah susut 0.3 peratus berbanding dolar Amerika.


Baca selanjutnya -

Kisah Wali Allah Yang Solat Diatas Air  

Posted by Insan yang kerdil in

Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang termasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua usaha mereka sia-sia sahaja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri mereka.

Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang terunbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di atas air.

Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!" Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil lagi, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!"

Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan berkata, "Apa hal?" Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa. Peniaga itu berkata, "Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini?"

Wali itu berkata, "Dekatkan dirimu kepada Allah."

Para penumpang itu berkata, "Apa yang mesti kami buat?"

Wali Allah itu berkata, "Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat."

Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian mereka berkata, "Wahai wali Allah, kami akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat."

Wali Allah itu berkata lagi, "Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah."

Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air dan berjalan meng hampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut.

Habislah kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam itu.

Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, "Siapakah kamu wahai wali Allah?"

Wali Allah itu berkata, "Saya adalah Awais Al-Qarni."

Peniaga itu berkata lagi, "Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir."

WaliAllah berkata, "Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu, adakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di Madinah?"

Peniaga itu berkata, "Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah."

Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada Allah S.W.T agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya.

Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti asal. Tiada yang kurang.

Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah, peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan membahagi-bahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada seorang pun yang tertinggal. Wallahu a?alam.
Baca selanjutnya -

Bagaimanakah Islam kita.  

Posted by Insan yang kerdil in

ketika membaca artikel yang aku sendiri lupa dari sumber mana aku perolehinya ini, hati aku jadi tersentuh kerana Islam yang aku sanjung ini kian di cabar kemuliaannya oleh musuh2 Islam. bahkan lebih malang lagi apabila ada di kalangan mereka yang mengaku beragama Islam, tetapi apabila dilihat activiti harian mereka kebanyakannya membelakangkan ajaran Islam yang sebenar....Adalah menjadi tanggungjawab aku menyebarkan kembali artikel ini sebagai pedoman untuk kita semua.....


Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikutboyfriend.
Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu.. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.
Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.
Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?
Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ... Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible.. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,
'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.'
Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..
Butir asal permohonan.. ....

Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam CinaKristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.

Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'
Perenggan 23: 'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.
Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.
Article 4 pula menyatakan: 'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.
Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.
Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.
Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-p eluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu.
Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.
Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.
Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.
Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun.. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.
Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.
Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar).. Yusof masuk lokap 8 hari.
Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.
Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.
Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.' Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan... Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.
Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.
Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.
Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan.. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.
Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazahsaudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluhterpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur merekabertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.
Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besaritu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.
Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.' Mana nampak?Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.
Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita taknampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).
Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar.Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.
Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, merekatetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'
Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu..
Macamana benda ni boleh terjadi?
Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.
Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?
Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnyakehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.
Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.
Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.
Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan artikel ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini adalah tanggung jawab kita semua.
Akhir sekali,artikel ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.
Baca selanjutnya -

Dinar dan Dirham Dari Negeri Serambi Mekah  

Posted by Insan yang kerdil in




Dinar & Dirham Kelantan Matawang Syariah
( Oleh Hajjah Nik Ma
hani Binti Mohamad –Pengarah Eksekutif Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd.)




Umat Islam di abad ini tahu dan sememangnya sedar bahawa kita telah kehilanggan pemerintahan Islam sejak jatuhnya Kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1924. Umat Islam menunggu akan hari datangnya suatu keadaan di mana umat Islam akan kembali bersatu dan membawa balik ‘daulah’ Islamiyah.


Ramai yang berpendapat bahawa selagi kita belum dapat mewujudkan sebuah pemerintahan Islam maka persatuan ummah tidak dapat zahirkan. Terdapat banyak analisis tentang keadaan umat yang telah ditulis, pelbagai cadangan telah dikemukakan dan pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyatupadukan umat Islam tetapi umat Islam di abad ini masih belum dapat disatukan lagi. Kini, telah ada keyakinan bahawa seperkara yang boleh menyatupadukan umat Islam dan untuk menegakkan semula sebuah kerajaan Islam yang berdaulat ialah dengan mengembalikan semula satu matawang Syariah yang boleh digunakan oleh orang Islam di mana sahaja mereka berada. Kenyataan dan fahaman ini adalah berdasarkan satu ayat Al Quran Nul Karim :

یَا أَیُّھَا الَّذِینَ آمَنُواْ أَطِیعُواْ اللّھَ وَأَطِیعُواْ الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِيشَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللّھِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللّھِ وَالْیَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَیْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِیلاً )4:59

(Malay) Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.

Menurut Al-Qurtubi, seorang ahli tafsir al-Quran yang ulung dalam kitab tafsirnya yang termasyhur, Tafsir Al-Qurtubi (m. 1273); ayat al-Quran tersebut merupakan perintah supaya “mentaati Sultan dalam tujuh perkara iaitu: penempaan duit dinar dan dirham, penetapan berat dan ukuran, penghakiman, pengisyitiharan bagi ibadat haji, solat Jumaat, sambutan Aidilfitri dan Aidiladha, dan jihad.”

Justeru, itu pengeluaran matawang ‘dinar dan dirham’ merupakan kewajipan pertama Sultan untuk diperintahkan dan dipatuhi. Berdasarkan ayat inilah, matawang Syariah dikembalikan semula. Perbahasan bahawa umat Islam harus menunggu kebangkitan sebuah ‘ Kerajaan Islam’ dahulu baru mahu menegakkan yang ‘haq’ adalah suatu pendapat yang kurang tepat pada pendapat penulis. Apakah kita harus tunggu sesiapa untuk kita menegakkan yang ‘haq’? atau yang ‘wajib’? Sebagai contohapakah jika sebuah negara itu kuffar maka kita tak perlu sembahyang kerana takut dimarahi? Atau apakah kita harus menunggu persetujuan daripada kerajaan kuffar untuk kita menunaikan sembahyang maghrib? Tentunya perkara yang wajib tetap kita lakukan walaupun ia tidak dibenarkan kerana kita umat Islam wajib menunaikan sembahyang; kerana ibadah sembahyang itu adalah ‘haq’! Hukuman ‘tidak sembahyang’ tetap kena kepada kita walaupun `Kerajaan Kuffar’ mithalnya, tidak memberikan tempat yang khusus untuk kita menunaikan sembahyang. Perbahasan apakah kita harus menunggu sahaja tanpa membuat sesuatu usaha atau apakah kita wajib melangkah terus cuba menegakkan apa yang haq adalah suatu perbahasan yang tiada penghujungnya. Yang jelas; apakah kita di abad ini bertindak dengan hanya kaku menunggu ‘bulan jatuh ke riba’ atau pun mula bangkit melakukan sesuatu agar apa yang kita impikan boleh tercapai?. Maka inilah keputusan yang diambil oleh pemimpin sebuah negeri kecil yang ramai memberikan takrif sebagai negeri ‘serambi Mekah’ - iaitu bertindak mengembalikan semula matawang Syariah – emas dinar dan perak dirham Kelantan yang dilancarkan pada 12hb Ogos 2010 nanti Insya Allah. Pemimpin Kerajaan Negeri Kelantan dengan beraninya mengorak langkah membawa balik matawang Syariah ini di tengah-tengah masyarakat mereka kerana rasa tanggungjawab dan kesedaran bahawa ia adalah suatu perkara yang terlalu penting dan menjadi perkara pokok dalam deenul Islam di abad ini.



Apakah penghujjahan mengenai matawang Syariah ini? : Umat Islam pada umumnya tahu bahawa perkataan ‘dinar’ dan ‘dirham’ wujud dalam Kitabullah Al Quran Nul Karim. Salah satunya ialah Surah Ali Imran ayat 75 yang bermaksud:

Surah Ali Imran ayat 75 : وَمِنْ أَھْلِ الْكِتَابِ مَنْ إِن تَأْمَنْھُ بِقِنطَارٍ یُؤَدِّهِ إِلَیْكَ وَمِنْھُم مَّنْ إِن تَأْمَنْھُ بِدِینَارٍ لاَّیُؤَدِّهِ
إِلَیْكَ إِلاَّ مَا دُمْتَ عَلَیْھِ قَآئِمًا ذَلِكَ بِأَنَّھُمْ قَالُواْ لَیْسَ عَلَیْنَا فِي الأُمِّیِّینَ سَبِیلٌ وَیَقُولُونَ عَلَى اللّھِ الْكَذِبَ وَھُمْ یَعْلَمُونَ (3:75


(Malay) "Di antara Ahli Kitab ada orang yang jika kamumempercayakan kepadanya harta yang banyak, dikembalikannya kepadamu; dan di antaramereka ada orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya satu Dinar, tidak dikembalikannya padamu, kecuali jika kamu selalu menagihnya. Yang demikian itu lantaran mereka mengatakan: ""Tidak ada dosa bagi kami terhadap orang-orang umi. Mereka berkata dusta terhadap Allah, padahal mereka mengetahui."



Tokoh berwibawa dan terkenal dalam hukum al-Quran, Qadi Abu Bakar ibn al-Arabi, dalam kitabnya yang terkemuka “Ahkamul Quran” berkata: “Pengajaran yang dapat diambil daripada ayat ini ialah larangan mengamanahkan barangan kepada Ahli Kitab.”dan beliau berkata lagi “Perkara berhubung dengan tindakan mengamanahkan harta benda telah tergubal dalam al-Quran. Ini bermakna, ayat tersebut merupakan hukum yang telah ditetapkan dan penting sekali kepada agama. “

Ini bermakna umat Islam berada dalam keadaan yang amat berbahaya kerana kita telah memberikan suatu ‘amanah besar’ kepada kaum ahlul kitab iaitu, menyerahkan ‘harta benda’ umat Islam untuk mereka tadbirkan! Berdasarkan ayat ini sahaja pun jelas kita umat Islam di abad ini telah melanggar hukum yang telah ditetapkan. Apakah hukumnya? Ya, kita telah memberikan ‘amanah’ kepada Ahli Kitab dengan cara kita membiarkan urusan harta benda kita ke tangan mereka di abad ini atau sejak kejatuhan Kerajaan berkhalifah Uthmaniyyah bermula pada tahun 1924! Bukankah ‘matawang’ adalah ‘harta benda’ dan ‘memberikan amanah’ bererti menyerahkan ke tangan mereka suatu kepercayaan?



Hari ini dan di abad ini kedua-dua perkara yang ditafsirkan dalam ayat ini telah kita cabuli! Allah s.w.t secara khususnya telah melarang umat Islam menyerahkan kepercayaan atas perkara hal ehwal harta kepada ‘Ahlul Kitab’ tetapi bukankah kita sudahmelanggar hukumAllah s.w.t.? Siapa ‘ahlul kitab’ ini? Ya mereka ialah bangsa ‘Yahudi’ dan `Nasrani’ serta kaum bukan Islam! Bukankah mereka dan suku sakat mereka yang mengepalai amalan riba di abad ini?. Amalan riba yang besar di abad ini ialah pada matawang kertas dan semua sistem perbankan tidak terkecuali perbankan Islam kerana pada asasnya ia sama sahaja. Penyerahan ‘amanah’ ini amat besar ertinya dan sangat tepat sekali larangan Allah s.w.t. Kita telah memberikan persetujuan atau membuat ‘baiah’ dengan memasuki perjanjian Brettonwoods pada tahun 1945 . Itulah ‘amanah’ yang umat Islam bersama-sama umat-umat lain telah berikan kepada ‘ahlul kitab’ ini! Dan sejarah membuktikan betapa mereka telah merosakkan ‘amanah’ tersebut! Pada masa itu bila dunia (44 buah negara) bersetuju menerima Dollar Amerika sebagai ‘matawang resab’ kerana janji mereka bahawa setiap Dollar Amerika telah bersandarkan emas iaitu
sebanyak USD35 bagi setiap auns emas, maka maksud perjanjian yang dimeterai itu ialah bersetuju menggantikan sandaran emas pada matawang kertas negara masing-masing dengan Dollar Amerika. Mereka mengatakan ‘Dollar Amerika as good as gold’! (Dollar Amerika sebaik emas). Apabila semua negara dalam pakatan perjanjian tersebut akur; mereka mendapati Amerika Syarikat yang memegang amanah tersebut mula menodainya sehingga pada tahun 1971 mereka telah ‘pecah amanah’ dengan mengisytiharkan matawang Dollar Amerika tiada lagi bersandarkan emas! Bukankah sangat tepat tafsiran ayat ini dalam kitabullah?

Kita telah menyerahkan bukan sahaja ‘amanah’ kepada mereka bila kita melangkah kepada penggunaan ‘matawang kertas’ tetapi juga istilah ’harta benda’ melibatkan semua aspek harta benda termasuklah sistem perbankan yang kononnya merupakan institusi penjanaan ‘harta benda’! Hari ini semua negara di dunia berada dalam suatu pembohongan yang amat nyata sekali kerana kita bersekongkol dalam suatu sistem Kapitalisme yang amat mengelirukan rakyat jelata. Dakyah ‘kekayaan’ yang diasaskan atas amalan riba memberikan kesenangan yang sebegitu menakjubkan, maka benarlah sepertimana gambaran sebuah hadith Rasullullah s.a.w. bahawa dakyah yang mereka bawa ialah seumpama ‘sungai’ dan ‘api’. Wang kertas serta sistem perbankan tidak terkecuali perbankan Islam menjana wang-wang ‘kredit’ yang terhasil daripada sistem perbankan yang mengamalkan apa yang dikenali sebagai ‘fractional reserve banking’ di mana setiap wang yang didepositkan ke dalam sistem perbankan boleh dikembangkan sehingga 20 kali ganda, menjadikan ekonomi semasa berasaskan sistem Kapitalisme dapat memberikan pinjaman hutang yang sebegitu besar yang dengannya menjana ekonomi memberikan kemakmuran kesenangan hidup sepertimana sebuah ‘sungai’ yang mengalir, menyuburkan semua tumbuh-tumbuhan di sekitarnya. Tetapi hadith Rasullullah s.a.w. telah memberitahu kita umatnya, bahawa janganlah sangkakan ‘sungai’ tersebut sebagai benar kerana kenyataan sebenar ‘sungai’ tersebut ialah ‘api’! Sebabnya? Ya, sebabnya ialah kesenangan dan kemakmuran yang dibawa adalah atas asas amalan riba yang akan dituntut oleh ‘api’ kerana ia menzalimi umat manusia seluruh alam.

Kezaliman yang diasaskan atas amalan riba ini menyebabkan harta tiada lagi beredar sebagaimana sepatutnya tetapi hanya tertumpu kepada orang-orang kaya semata! Betapa tidaknya; sistem Kapitalisme dalam sistem perbankan hanya memihak kepada orang berada di mana mereka yang berharta dan menyimpan wang di bank-bank akan menimba ‘bunga’ atau diistilahkan juga sebagai ‘faedah’ atau ‘interest’ atas simpanan mereka tanpa bekerja walhal satu pihak lagi yang mengambil pinjaman bukan sahaja akan dikenakan cagaran malah pihak bank menghasilkan `wang atas angin’ dengan mengenakan bunga atau ‘interest’ atas pinjaman yang mereka berikan itu. Apabila berlaku sesuatu keadaan di mana orang yang berhutang tadi tidak berjaya dalam urusan perniagaan mereka dan menyebabkan mereka tidak berupaya membayar semula pinjaman; maka semua cagaran yang mereka sandarkan tadi akan dileburkan menjadikan keadaan mereka jauh lebih teruk daripada sebelum membuat pinjaman! Berapa ramai umat Islam tergulung dalam dakyah sebegini!



Penggunaan wang kertas pula menyebabkan rakyat tertipu dengan dakyah ‘inflasi’. Apa yang
sebenarnya berlaku ialah setiap kali Kerajaan Pusat mengeluarkan wang Ringgit Malaysia yang baru; ‘kuasa pembelian’ pada setiap keping kertas Ringgit Malaysia akan berkurangan seolah-olah ada satu tangan yang mencurinya daripada poket rakyat! Keadaan ini berterusan berlaku sehinggalah hasilnya – rakyat miskin akan bertambah miskin dan rakyat yang kaya menjadi bertambah kaya tanpa mereka membuat apa-apa kerja! Kepincangan masyarakat yang sebegini mengakibatkan kerosakan dalam masyarakat pada segi sosial dan akhlak sehinggakan masyarakat umat Islam hari ini sebegitu rendah moralnya dan anak-anak muda serta semua lapisan masyarakat Islam hari ini tercemar! Semua jenis penyakit dalam masyarakat ada pada umat Islam hari ini!

Pada sudut yang lain pula, rukun iman kita telah tercemar apabila kita menggunakan wang kertas untuk menggantikan wang dinar dan dirham! Bukankah salah satu ‘rukun iman’ ialah percaya bahawa kitabullah Al Quran nul karim tiada cacat cela walaupun satu huruf perkataan? Inikan pula kita telah menggantikan perkataan ‘dinar dan dirham’ dengan Ringgit Malaysia! Rupiah! Dollar Amerika! Mari pula kita lihat apa kata lain-lain ulama’ terdahulu mengenai perkara dinar dan dirham : Ibn Khaldun, dalam kitabnya -Al-Muqaddimah telahmenulis :
“Al-Quran ada menyebutnya (dinar & dirham) dan menetapkan banyak hukum berkaitan dengannya, sebagai contoh zakat, nikah, dan hudud, dan sebagainya. Oleh itu, dalam al-Quran, ia perlu ada hakikat dan ukuran khusus untuk dibuat taksiran (dalam zakat, dan sebagainya) di mana hal ini perlu bersandar pada hukumnya, bukan pada yang bukan syarii (duit yang lain).”

Dan “Ketahuilah bahawa sejak bemulanya Islam dan zaman sahabah serta pengikut, wujud ijmak yang mengatakan sepuluh dirham syariah setara dengan tujuh miskal (berat dinar) emas… Berat satu miskal emas ialah tujuh puluh dua biji barli, maka dirham yang merupakan tujuh per sepuluh daripadanya ialah lima puluh dua per lima biji. Ijmak telah menetapkan dengan jelas semua ukuran ini.”

Jelas apa yang diterangkan oleh Ibnu Khaldun ialah dinar dan dirham ialah matawang Syarii. Ibnu Khaldun dengan jelas menyatakan bahawa kedua-dua matawang ini adalah matawang Syarii kerana kedua-dua matawang ini disebut dalam hukum-hukum berkaitan zakat;nikah dan hudud. dan telah ada ijma’ ulama’ sejak bermulanya Islam; zaman sahabat serta pengikutnya bahawa satu dinar itu ialah 1 mithqal yang hari ini bila dikira dengan timbangan gram ialah 4.25gram. Timbangan berat dinar dan dirham itu dikenali sebagai Piawaian Saiyyidina Umar Al-Khattab r.a. Timbangan inilah juga yang digunakan untuk emas dinar dan perak dirham Kelantan.
Baca selanjutnya -