Bagaimana Memulakan Perniagaan Cara Rasulullah SAW  

Posted by Insan yang kerdil in


Bagaimana memulakan perniagaan? Kini saya dapati ramai orang dah mula berniaga, sama ada secara part time atau full time. Dan memecahkan dominasi yang telah dibuat oleh penjajah satu ketika dulu (long way to go).

Berniaga adalah satu sunnah yang sudah dilupakan oleh sesetengah orang. Disebabkan orang kita dah biasa dengan makan gaji, bila kit nak memulakan perniagaan, pelbagai tanggapan akan timbul, contohnya:

“Hidup sederhana sajalah, buat apa nak kejar kekayaan…”

“Bersyukurlah dengan apa yang ada…”

“Kalau kaya jutawan tapi hati tak tenang, lupa Tuhan buat apa…”

“Cukuplah dengan harta yang ada, buat apa nak kumpul2 lagi, bukan boleh bawa mati…”

“Meniaga tu sebab nak kaya cepat lah tu”

Menjadi usahawan ialah salah satu karier yang dijalankan oleh Nabi kita sendiri. Nabi Muhammad SAW untuk pengetahuan anda adalah seorang usahawan berjaya. Tapi disebabkan tak ramai yang mengetahui sirah Baginda, maka tak ramai lah yang tahu akan kerjaya Baginda sebagai businessman di samping seorang pemimpin agama, negarawan, pendakwah, dan sebagainya.

Rasulullah SAW telah didedahkan dengan ilmu perniagaan sejak kecil lagi. Baginda sering mengikuti bapa saudaranya Abu Talib berniaga, malah pernah dibawa ke negeri Syam (kini Syria) semasa berusia 12 tahun mengikuti Abu Talib menjalankan urusan perniagaan di sana. Dari situ Rasulullah SAW belajar selok belok perniagaan sehingga Baginda diberi kepercayaan untuk mengendalikan perniagaan bapa saudaranya dan juga orang Quraisy yang lain.

Perniagaan adalah perkara yang penting dalam Islam, malah menjadi satu terminologi yang sering disebut dalam al-Quran, contohnya:

Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau secara terang-terangan, mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan rugi(35:29)
Wahai orang-orang yang beriman. Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Yakni kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (61:10-11)

Kenapa Allah menyebut perniaagaan dan bukan pekerjaan? Kerana perniagaan itu ialah sesuatu yang menguntungkan dan memerlukan usaha tulang empat kerat kita sendiri. Dan boleh juga merugikan sekiranya tidak dijalankan dengan betul.

“9/10 daripada harta ialah dari hasil berniaga” (HR Tirmizi)

Ramai yang salahfaham tentang konsep berniaga. Berniaga bukan bertujuan untuk mengumpul harta (Ya, ia menjadi begitu sekiranya si peniaga berniat begitu).

Allah berfirman:

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang bathil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku atas dasar suka sama suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. (4:29)

Bermakna berniaga itu adalah sesuatu yang mesti dilakukan atas dasar suka sama suka dan tidak menipu atau menindas orang lain. Kepada siapa mesej ini diberikan? Adakah kepada Ah Chong? Tentu tidak sebab ia adalah ayat al-Quran yakni panduan kepada orang Islam. Nyatalah Islam sendiri menyuruh kita menjalankan perniagaan.

Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula dengan jual beli dari mengingati Allah, dan dari menunaikan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang bila hati dan penglihatan digoncangkan.(24:37)

Malah Rasulullah SAW pernah bersabda tentang kemuliaan seorang peniaga

Peniaga yang jujur akan ditempatkan di kalangan para Nabi, para Syuhada’ dan Siddiqin (HR Tirmizi)

Di sini dinyatakan bahawa sifat yang tercela ialah bila dilalaikan oleh perniagaan hingga lupa pada Allah, dan tidak membayar zakat. Bermakna berniaga adalah satu perkara yang utama selagi tidak melupakan Allah dan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti menunaikan zakat. Memang jadi masalah kalau dah mula berniaga, dah untung mula rasa diri best, nak keluarkan zakat rasa sayang, takut habis pula harta. Sedangkan Allah sudah berjanji dalam ayat seterusnya dalam surah di atas:

Mereka mengerjakan itu supaya Allah memberi balasan kepada mereka denganyang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan, dan supaya Allah menambah kurnia-Nya kepada mereka. Dan Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakinya tanpa batas (24:38)

Bermakna semakin kita jujur dalam perniagaan, semakin kuat pergantungan kita kepada Allah, semakin banyak kita infak harta, semakin banyak kurniaan-Nya kepada kita.

Jelas kan rezeki Allah itu dari secupak boleh jadi bercupak-cupak?



Berbalik kepada komen-komen ‘bernas’ dari mereka-mereka yang tidak menyokong perniagaan di atas… Mencari dan memiliki harta itu adalah dituntut dalam Islam. Buktinya banyak surah yang menyebut tentang jihad dengan HARTA DAN JIWA. Jiwa memang kita sedia miliki selagi kita belum mati. Harta?

Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, dengan tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar imannya (49:25) Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk & tidak turut berperang dari kalangan orang-orang yang beriman (selain daripada orang-orang yang ada keuzuran) dengan orang-orang yang berjihad pada jalan Allah dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (sebab uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satunya Allah menjanjikan dengan balasan yang baik, dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (sebab uzur) dengan pahala yang amat besar (4:95) Berjuang yang dimaksudkan dalam ayat-ayat di atas bukanlah tertakluk kepada jihad berperang semata-mata, malah mencakupi setiap sudut kehidupan (rujuk Tafsir Ibnu Kathir).

Kenapa kita perlu memiliki harta?

1. Dengan harta kita boleh mengeluarkan zakat, sedekah dan membantu sesama Islam. Contoh mudah, kenapa dakwah agama lain (contohnya Kristian) lebih berkesan dari dakwah Islam? Kenapa orang Islam yang murtad dengan gembiranya mengumumkan keluarnya mereka dari Islam sedangkan orang agama lain yang masuk Islam takut-takut? Salah satunya kerana dana dan support mereka begitu besar dan banyak diuruskan badan2 NGO sedangkan dana umat Islam biasanya diurusakan oleh badan2 kerajaan sahaja.
2. Harta boleh digunakan untuk membangun agama. Nak buat sekolah agama kita terpaksa ke sana sini, kerah anak murid untuk minta derma (walaupun dalam bentuk jual kalendar dan kismis). Ibu bapa yang menghantar anak-anak ke skolah agama tidak semua mampu untuk memberi sponsor membangunkan sekolah. Berbeza dengan sekolah Cina contohnya (bukan bermaksud nak membezakan kaum, sekadar contoh dan perbandingan), dana yang dikutip dari ibu bapa pun dah cukup nak buat bangunan sekolah.
3. Ketiadaan harta (fakir) boleh mendekatkan kita kepada kekafiran (sabda Rasulullah). Ia memang benar-benar terjadi. Bila terjebak dalam desakan hidup, manusia sanggup buat apa saja, malah sanggup jadi pelacur untuk sesuap nasi.
4. Harta untuk penyebaran dakwah Islam. Sekarang ni zaman semuanya kena dibeli. Kalau tak ada duit, bagaimana kita nak bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk sebarkan dakwah? Kalau duit sekadar cukup untuk kita makan anak beranak, bagaimana nak bantu jiran sebelah?
5. Pemilikan harta supaya kita boleh beribadah dengan tenang. Bayangkan kalau kita tak ada rumah, tinggal dalam kotak, anak menangis tak ada susu (ni kes maknya tak ada ilmu breastfeed & tak ada duit nak beli buku atau pergi kursus), lepas tu kita pula lapar tiada makanan. Macamana kita nak beribadah dengan tenang? Nak solat pun mungkin terganggu dengan kelaparan dan tangisan anak. Apa lagi nak bersedekah, nak berbaik2 dengan jiran dan sebagainya.
6. Suara kita tidak didengar bila kita miskin. Bayangkan kita dengan niat nak berdakwah tapi kita tak ada duit langsung. Pergi ke rumah orang disangka nak mintak derma. Bila ada kes kecurian ke orang mudah menuduh kita oleh sebab kita miskin. Bila kita nak beri pendapat dalam meeting RA orang taknak dengar sebab kita tak ada pengaruh. Bukankah itu sesuatu yang sukar?

Rasulullah miskin? Tidak, Baginda seorang yang kaya. Cuma hidup yang dijalaninya tidak seperti orang-orang kaya. Tak ada rumah banglo, tak ada home theatre, tak ada karpet tenggelam kaki, tak ada baju branded… tapi cuba lihat bila Baginda keluar berjuang, contohnya berperang. Baju perang, pedang Baginda adalah dari yang terbaik, kuda2 perang dari jenis yang terbaik. Makna kata seluruh harta Baginda digunakan untuk memperjuangkan ISlam, bukan membuncitkan perut sendiri. Malah Baginda Rasulullah pernah mengikat batu2 ke perutnya untuk menahan lapar.

Rasulullah pernah bersabda tentang pemilikan harta:
“Harta itu merupakan kekayaan terpuji TETAPI hanya bagi orang yang soleh, kerana orang yang soleh akan menggunakan hartanya secara bijaksana, tidak dikotori rasa angkuh yang menghilangkan keberkatan dari Allah”
Jadi nyatalah amat besar perkaitan antara ketakwaan dan pemilikan harta. Harta itu boleh menjadi satu medium yang sangat kuat dalam perjuangan dan boleh juga jadi punca kemurkaan Allah seperti yang terjadi kepada Firaun dan Qarun.

Jika diteliti sunnah-sunnah Rasulullah dan ayat-ayat cinta dari Al-Quran, harta dan hasil perniagaan adalah alat-alat untuk menyampaikan kita kepada Allah. Namun itu tertakluk kepada sejauh mana hubungan kita dengan-Nya pada peringkat awal. Harta dan perniagaan juga boleh jadi pintu ke neraka sekiranya ia makin menjauhkan kita dengan-Nya.

Jadi penuhilah tuntutan agama untuk berjihad dengan sebenar-benar jihad. Jihad itu bukannya dengan menawarkan diri untuk menjadi suicide bomber. Kita lihat kebangkitan Islam di zaman Rasulullah bermula dengan pembinaan akidah, bukan terus memerangi orang kafir Quraisy. Zaman sekarang ni lebih teruk lagi keadaannya dari zaman Jahiliyah. Orang Jahiliyah sekurang-kurangnya ada pedoman hidup juga dari ‘Tuhan’ mereka (yang dipanggil Latta dan Uzza) tapi sekarang ni ramai orang dah tak bertuhan. Orang Jahiliyah bunuh anak perempuan kerana rules dalam bangsa mereka, orang sekarang bunuh saja anak apa-apa pun sebab hasil zina. Eh, bukan hasil zina pun kena bunuh juga (kes dera). Orang Jahiliyah kuat ikatan kekeluargaannya mengikut kabilah2 tertentu. Orang sekarang, dengan mak bapak pun buat musuh.

Akhir zaman, itu satu. Tapi selagi dunia belum kiamat, kita tak boleh tunggu aje. Ingat kiamat tu datang esok ke. Kita kena buat sesuatu…. Sebelum semua benda yang kita makan/pakai/guna adalah ‘agenda Yahudi’.


sumber:
http://mysuperkids.net
This entry was posted on Monday, March 14, 2011 at 3:51 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment