KAHWIN MUDA.  

Posted by Insan yang kerdil


perkahwinan di usia muda, kenapa perlu di sekat..



Bukankah pernikahan merupakan suatu ibadah yang mulia disisi Allah bahkan dijanjikan pula pahala yang berlipat ganda untuk setiap amalan yang dikerjakan oleh mereka yang telah mendirikan rumah tangga..
Maka, kenapa perlu di halang jika ada pasangan yang ingin mengikat tali pernikahan di awal usia. Apatah lagi jika niat mereka adalah berpaksikan untuk merebut keredho'an Allah semata-mata.

Bukankah ajal maut, jodoh pertemuan merupakan ketetapan Allah yang tiada siapa pun mampu menghalangnya...
Maka, wajarkah dihalang perasaan cinta seseorang terhadap pasangannya yang berhasrat untuk membawa ikatan cinta itu kepada sebuah ikatan yang lebih baik dan diredho'i.

Bukankah rasa cinta itu adalah fitrah semula jadi yang patut ada pada setiap insan.
Maka, kenapa masih lagi dilarang pasangan yang ingin meng-arahkan fitrah cinta itu kepada sebuah ikatan perkahwinan yang suci. Apatah lagi, jika sekiranya ikatan perkahwinan yang ingin mereka bina itu adalah untuk mengelakkan diri mereka dari terjerumus kedalam cinta yang terlarang..

Biarkanlah anak muda untuk berkahwin awal sekiranya tekat mereka adalah untuk mencari redho Allah. Bahkan sekiranya mereka masih belajar sekalipun dan dilihat masih belum mampu menggalas tanggungjawab sebagai suami atau isteri. Janganlah di halang niat suci mereka itu hanya kerana alasan-alasan yang mudah. Perlu di ingatkan bahawa proses pembelajaran tidak akan berakhir sehinggalah seseorang itu menghembuskan nafas yang terakhir. Habis belajar di universiti bukan bererti tamatlah sudah proses pembelajaran.

Tidak sedikit rakan2 seusia dan seuniversiti yang telah berkahwin, namun mereka masih mampu menjalani kehidupan dan pembelajaran seperti biasa bahkan ramai di antara mereka yang makin meningkat dalam pelajaran. begitu juga apabila mendengarkan pengalaman pensyarah2 yang berkahwin ketika masih belajar namum mereka tetap juga berjaya dengan cemerlang. berkahwin ketika masih belajar tidak menghalang mereka untuk belajar dengan baik dan di waktu yang menjadi suami isteri yang bahagia.

Pernikahan di usia muda bukanlah perkara yang perlu dihalang kerana ia sudah semestinya akan mendatang kebaikan kepada pasangan tersebut..
tidak perlu di risaukan mengenai sumber kewangan yang akan digunakan oleh oleh pasangan tersebut kerana rezeki adalah urusan Allah. Kita hanya perlu berusaha. Allah telah menjanjikan keluasan rezeki bagi mereka yang telah berkahwin..

Firman Allah S.W.T

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.
an-Nur : ayat 32.



berkahwinlah, kerana Allah telah menjanjikan 1001 kebaikan bagi mereka yang berkahwin. berkahwin boleh meningkatkan iman seseorang, menjadikan mereka soleh dan solehan. berkahwin akan mematangkan pemikiran dan tingkah laku bahkan memberikan ketenangan dalam hati.

pemuda/pemudi, tetapkanlah pendirian anda sekiranya anda ingin berkahwin di awal usia kerana mencari keredhoan Allah. yakinlah dengan janji-janji-Nya yang akan membantu setiap hamba-Nya yang melakukan sesuatu Ikhlas kerana-Nya.
anggaplah pernikahan merupakan suatu penghijrahan menuju kebaikan kerana Allah sudah berjanji akan menolong hamba-hamban-Nya yang berhijrah kerana-Nya.

“Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. “
( سورة النساء , An-Nisa, Chapter #4, Verse #100)

ebook ayat-ayat kahwin muda mungkin boleh membantu anda untuk merialisasikan hasrat untuk berkahwin di awal usia..




This entry was posted on Friday, October 14, 2011 at 4:58 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment