Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat juga saya membina blog yang tak seberapa ini.
Tuan punya blog.
Seorang hamba Allah yang memegang nama Mohd Zul Ikram.
Seorang anak desa yang berasal dari sebuah kampung di Negeri Kelantan.
Anak pertama kepada sepasang suami isteri iaitu Mohd Sabri & Rosnani.
Abang kepada 2 adik lelaki & 3 adik perempuan.
Merupakan seorang pelajar yang sedang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang sains kemanusian, pengkhususan dalam bidang sejarah.
Saya adalah seorang hamba Allah yang kerdil yang telah diberi terlalu banyak nikmat oleh-Nya namun sentiasa leka dengan tipuan dunia. syukur yang di panjatkan tidak setimpal dengan segala nikmat yang telah di berikan. seringkali mengikut rentak dunia sehingga mengabaikan destinasi sebenar yang pasti di tempuhi oleh setiap makhluk yang bernyawa iaitu alam akhirat.
Atas dasar mencari redha Allah dan ingin mengubah serta memberi peringatan kepada sahabat2, khasnya kepada diri sendiri, maka saya membina blog ini agar setiap apa yang di kongsikan diruangan ini akan mampu memberi sedikit sebanyak info2 yang bermanfaat dan berguna kepada semua. kebanyakan tulisan di dalam blog ini bukanlah hasil tulisan saya sendiri, sebaliknya di petik dari hasil penulisan mereka yang lebih berpengetahuan agar ianya dapat memberikan kesan yang semaksimum mungkin kepada setiap pembaca..
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong betulkan.selamat membaca...komen je ape yang patut..