undefined
undefined

Belajar dari Alam - Hebatnya Semut  

Posted by Insan yang kerdil in

"Dan untuk Sulaiman dikumpulkan bala tenteranya terdiri dari jin, manusia dan burung lalu mereka berbaris dengan tertib. Hingga ketika mereka sampai ke lembah semut, berkatalah seekor semut: "Wahai semut-semut! Masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan bala tenteranya sedangkan mereka tidak menyedari." Maka dia (Sulaiman) tersenyum lalu tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: "Ya Tuhanku! Anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh."Surah An-Naml ayat 17-19Semut Yang Rajin Dan BekerjasamaSemut. Kerjanya menghimpun makanan tanpa henti. Siang malam pagi petang dia berusaha tanpa rehat. Belum pernah dilihat seekor semut terbaring keletihan. Dia hanya diusung oleh teman-temannya apabila dia mengalami kesakitan ataupun setelah mati. Selebihnya ia akan bekerja, bekerja dan bekerja. Tahukah anda, semut boleh menghimpun makanan untuk bekalan yang amat lama sedangkan usianya tidaklah lebih lama daripada banyaknya bekalan makanan...
Baca selanjutnya -
undefined
undefined

Bapa mahu Bob Lokman jadi wakil rakyat  

Posted by Insan yang kerdil

Lokman Ahmad, bapa penulis lirik, pelakon dan pelawak, Bob Lokman, memasang hasrat supaya Bob menjadi wakil rakyat kepada parti yang disertainya suatu hari nanti.Lokman berkata, tindakan anak sulungnya itu, yang membuat kejutan apabila menyertai Pas pada 19 Februari lalu di Kedah itu sebagai tindakan baik.“Bob ada menelefon selepas menyertai Pas dan saya meminta Bob jadi wakil rakyat seperti arwah bapa saudaranya (bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lundang, Allahyarham Wardi Ahmad), tetapi dia sertai parti itu kerana mahu mengembangkan Islam, bukan jadi wakil rakyat.“Saya restuinya kerana dia bergerak untuk Islam sama seperti datuknya, Tok Kenali, tetapi bukan bermakna saya menyokong mana-mana parti kerana saya berkecuali dan hanya mahu menjaga Masjid Tok Kenali,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.Menceritakan penglibatan Bob dalam dunia seni, beliau berkata, nama anaknya disebut-sebut setelah beliau menulis lirik lagu ‘Isabella’ yang dinyanyikan kumpulan Search suatu masa dahulu.“Saya akui memang saya pernah tidak mengaku Bob anak saya dengan sering memberikan alasan saya tidak mempunyai anak yang bernama Bob, tetapi ada anak nama Mohd Hakim kerana ketika itu saya cukup benci...
Baca selanjutnya -
undefined
undefined

Nanas atasi sembelit  

Posted by Insan yang kerdil in

oo...baru aku tau. ingatkan sedap dimakan je. rupanya ada khasiatnya yang tersendiri. Betullah setiap ciptaan Allah ada hikmahnya yang tersendiri..NANAS sememangnya tidak asing di kalangan rakyat Malaysia. Rasanya yang enak menjadikan nanas buah pilihan kebanyakan orang. Selain dimakan segar, nanas juga dijadikan bahas masakan seperti pajeri, masak lemak dan gulai.Antara manfaat nanas adalah:1. Membantu menurunkan berat badan.Memakan nanas boleh mengurangkan ketagihan manisan. Menambah nanas dalam makanan harian juga membantu menurunkan berat badan kerana nanas menyebabkan rasa kenyang tanpa menambah satu auns lemak sekali pun.2. Menyihatkan mata. Kajian menunjukkan amalan memakan nanas melindungi mata daripada masalah berkaitan penuaan kerana ia kaya dengan anti-oksida.3. Membantu memerangi pelbagai jenis penyakit. Nanas yang kaya dengan vitamin C merupakan sumber sangat baik untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas yang menyerang sel-sel sihat. Banyak radikal bebas dalam tubuh yang menyebabkan penyakit kronik seperti jantung, kencing manis dan barah. Amalan memakan nanas juga berkesan untuk menghindari selesema dan meningkatkan sistem imunisasi.4. Nanas yang kaya dengan serat...
Baca selanjutnya -
undefined
undefined

Menelusuri Sejarah - kisah Nabi Adam  

Posted by Insan yang kerdil in

Kisah Nabi Adam Setelah Allah s.w.t.menciptakan bumi dengan gunung-gunungnya,laut-lautannya dan tumbuh-tumbuhannya,menciptakan langit dengan mataharinya,bulan dan bintang-bintangnya yang bergemerlapan menciptakan malaikat-malaikatnya ialah sejenis makhluk yang diciptakan untuk beribadah menjadi perantara antara Zat Yang Maha Kuasa dengan hamba-hamba terutama para rasul dan nabinya maka tibalah kehendak Allah s.w.t. untuk menciptakan sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi memeliharanya menikmati tumbuh-tumbuhannya,mengelola kekayaan yang terpendam di dalamnya dan berkembang biak turun-temurun waris-mewarisi sepanjang masa yang telah ditakdirkan baginya. Kekhuatiran Para Malaikat. Para malaikat ketika diberitahukan oleh Allah s.w.t. akan kehendak-Nya menciptakan makhluk lain itu,mereka khuatir kalau-kalau kehendak Allah menciptakan makhluk yang lain itu,disebabkan kecuaian atau kelalaian mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas atau karena pelanggaran yang mereka lakukan tanpa disadari.Berkata mereka kepada Allah s.w.t.:"Wahai Tuhan kami! Untuk apa Tuhan menciptakan makhluk lain selain kami,padahal kami selalu bertasbih,bertahmid,melakukan ibadah...
Baca selanjutnya -
undefined
undefined

bertemu sebuah Hidayah  

Posted by Insan yang kerdil in

Firman Allah yang bermaksud: “Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barang siapa disesatkanNya, maka engkau tidak akan mendapatkan seorang penolong yang dapat member petunjuk kepadanya”(al-Kahf: 17)Benarlah hidayah adalah milik Allah, dan ia hanya di beri kepada yang layak sahaja. Namun demikian, setiap manusia sebenar layak untuk mendapat hidayah Allah. Hidayah Allah tidak selalunya datang bergolek. Ia memerlukan usaha dan kesungguhan dari setiap individu.Ini bertepatan dengan firman Allah : "Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna."(Surah Az-Zumar, Ayat18) )Di sini, dinukilkan beberapa kisah insan yang sebelum ini memilih jalan yang gelap sebagai cara hidup mereka. Namun, bila mana hidayah menyapa, mereka menyambutnya dengan berlapang dada.Benar, jika Allah berkehendak maka tiada siapa yang dapat membendungnya.Takkala mereka mendapat hidayah itu, lalu mereka berusaha untuk memelihara serta meningkatkannya...
Baca selanjutnya -
undefined
undefined

Menanti sebuah Hidayah  

Posted by Insan yang kerdil in

Hidayah adalah anugerah dan hak milik Allah. Sesungguhnya apabila Dia berkehendak untuk memberikan hidayah kepada hamba-hamba-Nya yang Dia kehendaki, maka tidak akan ada suatu apa pun yg boleh menghalangNya.Firman Allah yang bermaksud: “Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barang siapa disesatkanNya, maka engkau tidak akan mendapatkan seorang penolong yang dapat member petunjuk kepadanya”(al-Kahf: 17)Hidayah adalah sesuatu yang terlalu abstrak untuk dijelaskan dan tidak tahu bila hidayah itu menyerap dan menyelinap masuk ke dalam diri manusia. Namun ia dapat dirasai apabila ia mula menyentap fitrah manusia dengan kebenaran dan meruntuhkan kebatilan. Lalu timbul rasa ingin mencari kebenaran dan akhirnya bertemu jalan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.Hidayah mengikut Kamus Dewan bermaksud: “pimpinan atau bimbingan daripada Tuhan, petunjuk”. (Kamus Dewan, edisi keempat, K.L, 2005, hlm:531).al-Jurjani mentakrifkan hidayah sebagai “Petunjuk yang menyampaikan seseorang kepada perkara yang dituntut”. (al-Jurjaniy, ‘Ali bin Muhammad bin ‘Ali 816H, al-Ta’rifat, Dar al-Kutub al-‘Arabiy, cet: 4, 1418H-1998M, hlm:319).Firman Allah...
Baca selanjutnya -
undefined
undefined

Kata Cinta  

Posted by Insan yang kerdil in

Kata Bijak - Kata CintaCinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan...
Baca selanjutnya -
undefined
undefined

Puisi buat Sultan Kelantan  

Posted by Insan yang kerdil in

BICARA BUAT SEORANG SULTAN(buat Sultan Kelantan Muhammad Faris Petra)pada kerendahan dalam pakaianpada penampilan dalam keramaianperasaan tertawan kepada sang sultanpada bicara yang sederhana,pada gaya yang bersahaja,jiwa tertarik pada raja,moga nyata, dia payung rakyat jelata..inilah nasihat raja dan rakyat…raja dimulia bukan kerna singgahsanaraja disayang bukan kerna paluan gendangraja diangkat bukan kerna kalimat 'daulat'raja dicinta bukan kerna kuasaraja dihormat bukan kerna pangkatraja dimulia kerna takwanya,raja disayang kerna dia berjuang,raja diangkat kerna Tuhan memberkatraja dicinta kerna budi bahasanya,raja dihormat kerna kasihkan rakyatraja dibenci kerna buruk budi,raja dicerca kerna tamakkan harta,raja dimarah kerna dia bermewahraja dilupa kerna tinggalkan agama,apabila raja itu zuhud,namanya selalu disebutapabila raja takutkan Allah,sekelian rakyat jantung diserahapabila raja sangat sederhana,jiwa jelata penuh bangga,apabila raja kuat agama,dengan ikhlas rakyat berdoa..tuanku raja yang masih muda,namun ada teladan untuk semua,dalam persarungan penuh kerendahan,dalam kehidupan penuh kerakyatan,sayang rakyat penuh melimpahkepada raja kasih tertumpahDr MAZA, 160211Penulis...
Baca selanjutnya -
undefined
undefined

MAULIDUR RASUL: KELAHIRANNYA MENGUBAH DUNIA.  

Posted by Insan yang kerdil in

Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi (Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. [AL-Ahzaab 33: 56]Sejarah Perayaan Maulidur RasulFrom: Muhammad SholihinDate: Mon, 10 Apr 2006 01:23:12 -0700 (PDT)Subject: Sejarah Perayaan Maulidur RasulSEJARAH RINGKASPerayaan Maulidur rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir. Kerajaan Fatimah telah merayakan perayaan ini secara besar-besaran. Bukan hanya hari jadi Rasulullah saw sahaja yang dirayakan, tetapi juga ahli keluarga Nabi saw seperti Zainab, Hassan, Hussain ( r.a.). juga dirayakan. Bahkan mereka juga merayakan kelahiran Nabi Isa as.Walaubagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 atas perintah Perdana Menteri al-Afdal Shahindah pada ketika itu yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer. Masyarakat berhenti merayakannya sehingga Al-Ma'moon Al-Bataani memegang kuasa kerajaan. Beliau telah yang memulakan kembali perayaan yang telah dihentikan sebelum itu.Apabila Kerajaan al-Ayubbiah merampas kuasa, semua perayaan telah dihentikan....
Baca selanjutnya -
undefined
undefined

kaedah menguasai al-Quran yang berkesan  

Posted by Insan yang kerdil in

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani.Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi di atas segala pemberian dan rahmat-Nya keatas seluruh alam.Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW, Rasul yang telah di utuskan oleh Allah kepada seluruh alam.''Inilah kitab (Al-Quran), yang tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang Kesempurnaanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang hendak (bertakwa); Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan sebahgian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka''. Al-Baqarah; ayat 2 dan 3. Lebih mudah mempelajari Al-Quran dengan KAEDAH JIBRIL'' sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkan kepada orang lain"(hadis riwayat Al-Bukhari)KAEDAH JIBRIL merupakan suatu kaedah yang telah di cipta bagi memudahkan seluruh ummat Islam khususnya di Malaysia agar dapat memahami dan menghafaz Al-Quran dengan lebih berkesan.Kaedah yang hebat ini telah diciptakan oleh seorang yang sememangnya arif dalam bidang menghafaz al-Quran.Beliau ialah ustaz Hj. Muhammad Asraff bin Ayob...
Baca selanjutnya -