Saudaraku  

Posted by Insan yang kerdil


















Saudaraku....
Engkau bangsa yang istimewa
sopan santunmu itulah yang utama
keramahanmu buat orang terkesima
dan kerana Islam engkau sempurna
kerana itu aku gembira.

Saudarku....
kini kau lemas dalam dunia
cara hidup barat jadi budaya
jalan hidupmu kian hilang serinya
maka jadilah engkau bangsa tak berdaya
haruskah aku rasa bahagia?

Saudaraku....
kenapa engkau jadi begini
kemana hilang jati diri
iman dan takwa kau jauhi
kini kau bukan lagi Melayu sejati
jauhmu dari Islam aku kesali

Saudaraku...
janganlah engkau terus terlena
jauhilah diri dari yang lagha
elakkan diri dari bencana
kembalilah engkau kpd yang Esa
doaku janganlah engkau binasa

Saudara
ku....
engkau
adalah sahabatku
ayuhlah kita saling berseru
hidayah Allah sentiasa dirayu
agar kita terus maju
padamu aku ter
us merayu

Saudaraku...
orang Melayu bangsa yang Gemilang
kerana Islam kita cemerlang
iman dan takwa janganlah menghilang
hari bahgia pasti menjelang
gembiranya aku tiada kepalang

Saudaraku....
engkau adalah bangsa yang terpilih
teruslah melangkah jangan menoleh
jadilah engkau umma
t yang soleh
nescaya Syurga engkau peroleh
engkau dan aku pastinya boleh..


This entry was posted on Tuesday, March 15, 2011 at 4:23 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment