Seketika bersama Bob Lokman: "Dari dunia hiburan ke pentas dakwah"  

Posted by Insan yang kerdil

Alhamdulillah semalam aku berpeluang untuk bersua secara live dengan abang Bob Lokman dalam satu program perkongsian ilmu dan pengalaman yang dianjurkan oleh sebuah kelab kat universiti aku ni. Ramai jugak la yang datang, sampai penuh sesak dewan. Progaram ni dianjurkan adalah untuk mendengar sendiri dari mulut abang Bob lokman kenapa beliau memilih untuk keluar dari dunia hiburan yang penuh glamor dan publisiti dan seterusnya memilih untuk terlibat dengan dunia dakwah yang sukar dan penuh onak duri. Dari penjelasan beliau rasanya semua yang ada kat sane semalam dah jelas kenapa beliau berbuat demikian.

Banyak yang dikongsikan abang bob semalam.Menurut abang bob beliau memilih untuk berubah setelah beliau menyedari bahawa jalan yang beliau lalui sebelum ini adalah semata2 kerana ingin mengejar keseronokkan dunia dan memenuhi tututan adat menyedari kesilapan yang beliau lakukan itu, dari situ beliau mengambil keputusan untuk mengubah cara hidup yang selama ini hanya untuk memenuhi tuntutan adat kepada kehidupan yang dipenuhi dengan ibadah kepada Allah semata2. Melihat keadaan keluaraga, terutama anak2nya yang lebih mengutamakan untuk memenuhi tututan adat sehingga seringkali mengabaikan suruhan agama membuatkan abang bob berikrar untuk mengubah sepenuhnya cara hidup beliau sekeluarga. Anak2 yang sebelum ini disekolahkan di sekolah biasa ditukarkan ke sekolah tahfiz. Kata abang Bob beliau nak anak-anaknya belajar di sekolah yg mempunyai masjid yang lebih besar berbanding bangunan sekolah itu sendiri.

Sesekali dewan dihiasi dengan gelak ketawa para mahasiswa yang hadir dek kerana jenaka spontan yang dibuat oleh Abang Bob. almaklum la, bekas juri raja lawak. Walaupun berjenaka, namun nasihat2 yg disampaikan oleh abang Bob mampu memberi kesan kepada kami.Terasa terharu dengan semangat baru abang Bob untuk berjuang di jalan Allah sehingga beliau sanggup meninggalkan segala kemewahan, keseronokan dan kepopularan semata2 untuk mengejar keredha'an Allah. Abang Bob meninggalkan dunia hiburan yang menjajanjikan pulangan 35-50 ribu sebulan dan terjun pula ke dunia dakwah yang tidak menjanjikan apa2 keuntungan dunia bahkan pula 1001 dugaan yang bakal beliau tempuh selepas ini. Namun jalan yang sukar ini tetap jadi pilihan beliau kerana beliau yakin keuntungan yang cukup besar menanti di akhirat kelak. Abang Bob juag seringkali menangisi kesilapan lalu yang telah beliau lakukan dulu
lantaran kebodohan diri sendiri.

Semangat juang beliau kini xperlu diragui lagi. Minggu lepas ketika beliau terlantar di wad kerana ada masalah kesihatan, beliau minta izin kpd doktor untuk keluar wad kerana ada undangan yang perlu beliau penuhi. mulanya doktor tak bagi keluar krna akan menjejaskan kesihatan beliau, tapi abang bob kata kat doktor tu "saya lebih rela mati dalam pejalanan untuk memenuhi tuntutan perjuangan krna Allah dari mati di hospital" akhirnya doktor bagi je lah beliau keluar wad.Sebagai cicit kepada Tok Kenali, ternyata darah ulama terbilang tanah air itu masih segar mengalir di dalam tubuh Abang Bob Lokman.

Mungkin disebabkan beliau terlibat secara aktif dengan politik pembangkang, maka perubahan yang beliau lakukan ini turut tidak disenangi oleh sesetengah pihak. Walaupun beliau banyak menerima kata2 nista dari pelbagai pihak, namum semangat juang beliau tidak sedikitpun luntur kerana beliau mulai sedar bahawa inilah yang perlu ditempuhi dalam mengisi sebuah perjuangan.

Perubahan Abang Bob mampu memberi warna baru dalam dunia dakwah tanah air. Aku pun turut terkesan dengan perubahan yang Abang Bob lakukan ini. Berubahnya abang Bob membuktikan bahawa setiap manusia mampu berubah kejalan yang terbaik. masing2 di beri peluang yang sama, yang penting kita perlu sentiasa berdoa agar Allah memberikan Hidayah serta Taufiq-Nya kepada kita semua.
Tahniah Abang Bob. Teruskan perjuangan abang, kami sentiasa menyokong perjuangan yang benar.






This entry was posted on Friday, March 18, 2011 at 4:01 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment