undefined
undefined

dinar kelantan versi terbaru  

Posted by Insan yang kerdil

reka bentuk baru dinar ini diperkenalkan sempena tahun baru hijrah 1433 hijrah.antara dinar yang dikeluarkan ialah termasuk setengah dinar, 2.16 gm, dua dinar dan lapan dinar.perbezaan dinar lama dengan yang baru dikeluarkan ini ialah ciri-ciri keselamatan, termasuk kalimah ‘Lailahaillallah.. Muhammadurasulullah yang menggunakan hologram.Sehubungan itu, Husam(exco negeri kelantan) berkata, dinar berkenaan muncul sebagai dinar yang pertama mempunyai ‘hologram’.Tambahnya lagi, sepanjang tempoh pengeluaran dinar dan dirham di negeri ini, ianya diakui terbaik berbanding yang dikeluarkan dalam sejarah manusia.Husam juga turut mendedahkan Dinar Kelantan mempunyai Kod DNA untuk menjaga keselamatan dinar tersebut.“Kita jangka dinar ini akan diedarkan pertengahan Febuari 2012,” ujarnya.Selain itu, katanya KGT turut mengeluarkan ‘dirham kenangan’ bernilai 10 dirham untuk golongan remaja dan wanita yang boleh dibeli dengan harga RM250, iaitu mengikut harga pasaran semasa.Katanya, pengeluaran dirham itu begitu terhad dan mempunyai reka bentuk yang menarik sempena keluaran khas.Sehubungan itu, beliau menyeru kepada orang ramai yang berminat untuk memiliki dinar dan dirham berwajah baru itu boleh...
Baca selanjutnya -
undefined
undefined

belajar pasal affiliate  

Posted by Insan yang kerdil

jom klik banner di bawah jika anda berminat untuk mendapatkan ilmu2 yang bermanfaat mengenai Affiliate. boleh la cari duit lebih bila dah betul2 mahir dengan program affiliate ni.dandapatkan HADIAH bernilai RM398 secara percumaterhadsape cepat dia dapat.saya dah dap...
Baca selanjutnya -
undefined
undefined

Aku mahu berlari  

Posted by Insan yang kerdil

aku mahu berlariberlari dan terus berlarimencari sesuatu yang berertiuntuk mengubat jiwa dan hatiaku mahu berlarimerentas laluan duniawijalannya penuh liku dan duriuntuk menguji akal dan naluriaku mahu berlarimengejar impian sejatimencapai apa yang dihajatimerungkai setiap yang misteriaku mahu berlaribiarpun aku bersendiribiarpun orang mengejibiarpun jalanku dihalangiaku tak mahu berhentimelainkan setelah aku matiaku tahu disana ada sesuatu yang menantisesuatu yang kekal dan hakiki.aku mahu berlari dan terus berlaribiarkanlah aku berlari...
Baca selanjutnya -
undefined
undefined

Kaedah terkini untuk belajar & menghayati Al-Quran  

Posted by Insan yang kerdil

Mengikut kajian, terdapat ramai orang yang ingin belajar membaca Al-Quran. Mereka ini adalah daripada golongan yang berumur dan ramai juga yang masih muda seperti kanak-kanak & remaja. Pada kebiasaannya, kanak-kanak akan belajar Al-Quran di madrasah-madrasah dan surau-surau, manakala golongan yang berumur akan belajar di masjid atau di rumah dengan mengupah ustaz peribadi sebagai 'home tutor' kepada mereka.Namun begitu, tidak dinafikan juga bahawa ramai golongan berumur ini menghadapi pelbagai halangan & rintangan untuk belajar membaca Al-Quran. Antaranya ialah:1) Suasana pembelajaran di masjid-masjid biasanya tidak selesa bagi kebanyakan golongan berumur ini. Ini kerana kelas bacaan Al-Quran biasanya dihadiri oleh ramai peserta. Mereka berasa malu untuk membaca di hadapan peserta-peserta lain kerana bimbang akan melakukan kesilapan ketika membaca Al-Quran.2) Golongan berumur ini juga berasa malu untuk meminta guru mengulang kembali ayat yang sama beberapa kali walaupun mereka tidak jelas tentang cara bacaan yang betul. Ini akhirnya akan menyebabkan mereka tidak dapat belajar secara sempurna.3) Faktor lokasi masjid yang mungkin jauh bagi sesetengah orang juga boleh menyebabkan...
Baca selanjutnya -
undefined
undefined

KOTA KUBANG LABU: THE HISTORICAL OLD KELANTAN CAPITAL CITY  

Posted by Insan yang kerdil in

credit to : Ida RohaniKota Kubang Labu is one of the old Kelantan capital city and among the first city establish in Kelantan. It was located near the side of kelantan river and in Tumpat district. This city has the width and length about a mile. Kota Kubang Labu have two wall which are outside and the inside wall that will protect the city from enemy. The outside wall was made by strong wood and soil with the height of 20 feet and having a hole to put the artillery and guns. At the upper side, it is made by stone which have a space to shoot and spear launcher. On the other hand, the inside wall were made by wood but less strong than the outside wall to protect castle and the other administration building in it.In 1698, the queen of Patani, Raja Mas Kelantan, had divided Kelantan to two regions which are the west and the east. The West Kelantan was given to Tuan Sulong who is the son of Wan Daim. Stating at that time, Tuan Sulong had developed a centre of administration at Kota Kubang Labu. Meanwhile, East Kelantan still under the power of Raja Sakti 2 which centre at Pengkalan Datu. However, Raja Sakti 2 were not really satisfied with the decision of the Queen of Patani. At 1713,...
Baca selanjutnya -
undefined
undefined

KAHWIN MUDA.  

Posted by Insan yang kerdil

perkahwinan di usia muda, kenapa perlu di sekat..Bukankah pernikahan merupakan suatu ibadah yang mulia disisi Allah bahkan dijanjikan pula pahala yang berlipat ganda untuk setiap amalan yang dikerjakan oleh mereka yang telah mendirikan rumah tangga..Maka, kenapa perlu di halang jika ada pasangan yang ingin mengikat tali pernikahan di awal usia. Apatah lagi jika niat mereka adalah berpaksikan untuk merebut keredho'an Allah semata-mata.Bukankah ajal maut, jodoh pertemuan merupakan ketetapan Allah yang tiada siapa pun mampu menghalangnya...Maka, wajarkah dihalang perasaan cinta seseorang terhadap pasangannya yang berhasrat untuk membawa ikatan cinta itu kepada sebuah ikatan yang lebih baik dan diredho'i.Bukankah rasa cinta itu adalah fitrah semula jadi yang patut ada pada setiap insan.Maka, kenapa masih lagi dilarang pasangan yang ingin meng-arahkan fitrah cinta itu kepada sebuah ikatan perkahwinan yang suci. Apatah lagi, jika sekiranya ikatan perkahwinan yang ingin mereka bina itu adalah untuk mengelakkan diri mereka dari terjerumus kedalam cinta yang terlarang..Biarkanlah anak muda untuk berkahwin awal sekiranya tekat mereka adalah untuk mencari redho Allah. Bahkan sekiranya mereka...
Baca selanjutnya -
undefined
undefined

Siapakah Pelajar Cemerlang?  

Posted by Insan yang kerdil

Setiap orang yang bergelar pelajar sudah semestinya mengimpikan untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Dan bagi seorang pelajar muslim lagi mukmin, kecemerlangan bukanlah bererti cemerlang dari segi mata pelajaran sahaja, bahkan harus cemerlang dari segenap aspek kehidupan. Dan kecemerlangan itu juga haruslah meliputi kehidupan dunia dan akhirat. Siapakah dan bagaimanakah perwatakan yang perlu ada pada seorang pelajar yang cemerlang? PELAJAR CEMERLANG ialah seorang pelajar yang dapat mengimbangi dan membangunkan segenap potensi dirinya (jasmani, rohani, emosi dan aqli) secara bersepdu dan seimbang mengikut kejadian fitrahnya. Pertumbuhan potensinya mestilah berpaksikan tauhid, berlandaskan syariaat, bergerak bersama tuntutan zaman dan sentiasa membuat perubahan ke arah yang tebaik dalam kehidupannya di dunia dan akhirat.secara umumnya, untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, mereka perlulah mempunyai ciri-ciri berikut: Beriman kepada ALLAH dengan memenuhi segala tuntutan-Nya (tuntutan shahadatain),Berilmu dan mengamalkannya,Berakhlk mulia,Sihat tubuh badan keran otak yang cerdas pada badan yang cergas.Bersikap profesional dalam tugasnya, berwawasan, menepati waktu,...
Baca selanjutnya -
undefined
undefined

..... KENALI C!NTA.........  

Posted by Insan yang kerdil

Cinta. Apa itu cinta? Jika kita berbicara tentang cinta, pasti kita tidak terlepas daripada memperkatakan tentang cinta monyet yang menjadi nadi kepada kehidupan muda-mudi masa kini. Malahan kebanyakan cinta seperti ini menjurus kepada pelakunya untuk membuat perkara maksiat tanpa menilai dan memahami erti cinta yang sebenar-benarnya. Cinta bukan sekotor itu.Apakah maksud atau makna cinta? Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan.Bagaimanapun, cinta seringkali diperalatkan untuk melepaskan keghairahan nafsu. Maka akan terjadi bermacam perkara yang merosakkan manusia dan membawa kepada kemaksiatan dan kehancuran umat terutama bagi golongan remaja yang terlalu taksub dan asyik dengan cinta tanpa ada penilaian dan pertimbangan akal fikiran yang waras.Cinta yang hanya berlogikkan nafsu dan syahwat...
Baca selanjutnya -
undefined
undefined

Statistik umat islam di Malaysia  

Posted by Insan yang kerdil

disini ingin saya paparkan statistik berkenaan umat islam di Malaysia utk renungan kita bersama:1. 50% sahaja umat islam di Malaysia memiliki Al-quran di rumah dan hanya 5% membacanya dan 1% lagi membaca tafsirannya2. 80% umat islam memliki ASTRO decoder dan hanya 5% menonton ASTRO OASIS3. 70% umat islam tertarik dengan perkara yg membawa kepada "Karnival" atau unsur yg membawa kepada hiburan4. 50% menyokong program seperti Akedemi Fantasia, Tomtombak, Mentor dan rancangan yg seumpamanya5. Hanya 10% umat islam dari satu taman perumahan yg membantu masjid atau surau di sebuah kawasan6. Hanya 20% yg menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama7. 80% remaja hari ini tidak reti atau tidak pandai mengaji8. 90% remaja atau kaum wanita suka berseluar panjang dan memakai T-Shirt9. 80% pasangan baru yang belum berkahwin akan menonton wayang setiap bulan di panggung wayang10. 95% umat islam tidak pernah mencari atau pergi ke kelas mengaji untuk mendalami ilmu agama islam itu sendiri11. 95% wali kepada pengantin perempuan tidak tahu syarat-syarat sah mewalikan anak mereka dan 99% bapa menyerahkan pernikahan anak mereka kepada berwlikan imam12. 100% anak-anak islam bawah 12 tahun cenderung...
Baca selanjutnya -
undefined
undefined

TANDA-TANDA KIAMAT KECIL  

Posted by Insan yang kerdil in

“Sesungguhnya hari kiamat akan datang yang tidak diragukan lagi, namun kebanyakan manusia tidak beriman”. (Al-Mukmin : Ayat 40) “Dan sesungguhnya kiamat pasti terjadi, yang tiada keraguan atasnya. Dan sesungguhnya Allah akan membangkitkan orang-orang yang ada dala kubur” (Al-Hajji : Ayat 7) “Demi, sesungguhnya Dia akan mengumpulkan kamu pada hari kiamat yang tidak diragukan lagi kedatangannya, (ialah) orang-orang yang merugikan diri sendiri, dimana mereka tidak mau beriman” (Al-An’am : Ayat 12) Antara TANDA-TANDA KIAMAT KECIL berdasarkan hadis1. Penaklukan Baitulmuqaddis.Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.”Baginda menyebutkan salah satu di antaran...ya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.”-Sahih Bukhari2. Zina bermaharajalela.“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim3. Bermaharajalela alat muzik.“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab;”Apabila...
Baca selanjutnya -
undefined
undefined

Bila tiba masanya Berkahwin  

Posted by Insan yang kerdil

Perkahwinan adalah sebuah kurniaan yang amat besar dari Allah untuk umat manusia. Ia menawarkan keamanan dan keselamatan kepada setiap pasangan, menjamin kesenangan fizikal serta untuk mengembangkan zuriat yang sempurna. Perkahwinan juga adalah bertujuan untuk memelihara jiwa setiap insan.Meskipun tidak ada orang yang senang sepanjang masa, namun pernikahan pada umumnya mampu membawa kebahagiaan dan kesejahteraan kedua-dua belah pihak.Dalam Islam, perkahwinan adalah suatu ibadat dan sunnah Rasulullah s.a.w. yang merupakan perlaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia.Orang yang berkahwin akan dapat mengatur suatu kehidupan yang baik, sempurna, dan penuh bertanggungjawab.Perkahwinan merupakansifat atau tabiat manusia yang cenderung untuk mengadakan hubungan sesama manusia. Allah telah menjadikan hubungan perkahwinan sebagai Sunnah para Rasul di mana ianya akan melahirkan rasa saling cinta, sikap saling bekerjasama dgn kebaikan dan bantu membantu untuk mendidik keturunan.Melalui perkahwinan juga, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi adalah sebagai tempat untuk mendapatkan kerehatan...
Baca selanjutnya -
undefined
undefined

Seorang Gadis Itu  

Posted by Insan yang kerdil

Seorang gadis itu... Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... tulus wajahnya, setulus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ... Seorang gadis itu ... hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ... namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ... Seorang gadis itu ... teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ... Seorang gadis itu ... bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Òishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ... Seorang gadis itu ... bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah...
Baca selanjutnya -
undefined
undefined

Khasiat Budu  

Posted by Insan yang kerdil in

Tengah belek2 dan selongkar beberapa laman kat i-tenet ni aku terjumpa plak cerita pasal makanan kesukaan ore pantai timur terutamanya ore klate(termasuk aku le) iaitu budu. Tak ku sangka plak sebenarnya budu ni tersimpan pelbagai khasiatnya yang tersendiri. Mulanya aku ingat artikel tersebut hanya direka2 ke. Rupanya ia telah terbukti melaui kajian saintific. Dikatakan bahawa budu adalah baik untuk tujuan kecantikan. Sehinggakan ada yang memasukkan kandungan budu kedalam produk kosmetik. Antara khasiat budu ni ia berkesan sebagai agen mencerahkan kulit dan antipenuaan. Melalui artikel itu juga mengatakan bahawa budu mampu membuatkan seseorang lebih pintar kerana ia merangsang sel otak. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan. Sebagai pemakan budu tegar, rasa bangga jugak la aku bahawa makan yang selama ni di perlekehkan oleh banyak pihak rupanya tersimpan penawar kesihatan yang banyak padanya.Jadi, sesiapa yang sebelum ini belum pernah merasa kelazatan budu boleh la cuba berjinak untuk makan makanan istimewa orang pantai timur. nak tahu lebih lanjut tentang budu. ...
Baca selanjutnya -
undefined
undefined

Seketika bersama Bob Lokman: "Dari dunia hiburan ke pentas dakwah"  

Posted by Insan yang kerdil

Alhamdulillah semalam aku berpeluang untuk bersua secara live dengan abang Bob Lokman dalam satu program perkongsian ilmu dan pengalaman yang dianjurkan oleh sebuah kelab kat universiti aku ni. Ramai jugak la yang datang, sampai penuh sesak dewan. Progaram ni dianjurkan adalah untuk mendengar sendiri dari mulut abang Bob lokman kenapa beliau memilih untuk keluar dari dunia hiburan yang penuh glamor dan publisiti dan seterusnya memilih untuk terlibat dengan dunia dakwah yang sukar dan penuh onak duri. Dari penjelasan beliau rasanya semua yang ada kat sane semalam dah jelas kenapa beliau berbuat demikian.Banyak yang dikongsikan abang bob semalam.Menurut abang bob beliau memilih untuk berubah setelah beliau menyedari bahawa jalan yang beliau lalui sebelum ini adalah semata2 kerana ingin mengejar keseronokkan dunia dan memenuhi tututan adat menyedari kesilapan yang beliau lakukan itu, dari situ beliau mengambil keputusan untuk mengubah cara hidup yang selama ini hanya untuk memenuhi tuntutan adat kepada kehidupan yang dipenuhi dengan ibadah kepada Allah semata2. Melihat keadaan keluaraga, terutama anak2nya yang lebih mengutamakan untuk memenuhi tututan adat sehingga seringkali mengabaikan...
Baca selanjutnya -
undefined
undefined

Saudaraku  

Posted by Insan yang kerdil

Saudaraku....Engkau bangsa yang istimewasopan santunmu itulah yang utamakeramahanmu buat orang terkesimadan kerana Islam engkau sempurnakerana itu aku gembira.Saudarku....kini kau lemas dalam duniacara hidup barat jadi budayajalan hidupmu kian hilang serinyamaka jadilah engkau bangsa tak berdayaharuskah aku rasa bahagia?Saudaraku....kenapa engkau jadi beginikemana hilang jati diriiman dan takwa kau jauhikini kau bukan lagi Melayu sejatijauhmu dari Islam aku kesaliSaudaraku...janganlah engkau terus terlenajauhilah diri dari yang laghaelakkan diri dari bencanakembalilah engkau kpd yang Esadoaku janganlah engkau binasaSaudaraku....engkau adalah sahabatkuayuhlah kita saling berseruhidayah Allah sentiasa dirayuagar kita terus majupadamu aku terus merayuSaudaraku...orang Melayu bangsa yang Gemilangkerana Islam kita cemerlangiman dan takwa janganlah menghilanghari bahgia pasti menjelanggembiranya aku tiada kepalangSaudaraku....engkau adalah bangsa yang terpilihteruslah melangkah jangan menolehjadilah engkau ummat yang solehnescaya Syurga engkau perolehengkau dan aku pastinya bole...
Baca selanjutnya -
undefined
undefined

Bagaimana Memulakan Perniagaan Cara Rasulullah SAW  

Posted by Insan yang kerdil in

Bagaimana memulakan perniagaan? Kini saya dapati ramai orang dah mula berniaga, sama ada secara part time atau full time. Dan memecahkan dominasi yang telah dibuat oleh penjajah satu ketika dulu (long way to go).Berniaga adalah satu sunnah yang sudah dilupakan oleh sesetengah orang. Disebabkan orang kita dah biasa dengan makan gaji, bila kit nak memulakan perniagaan, pelbagai tanggapan akan timbul, contohnya:“Hidup sederhana sajalah, buat apa nak kejar kekayaan…”“Bersyukurlah dengan apa yang ada…”“Kalau kaya jutawan tapi hati tak tenang, lupa Tuhan buat apa…”“Cukuplah dengan harta yang ada, buat apa nak kumpul2 lagi, bukan boleh bawa mati…”“Meniaga tu sebab nak kaya cepat lah tu”Menjadi usahawan ialah salah satu karier yang dijalankan oleh Nabi kita sendiri. Nabi Muhammad SAW untuk pengetahuan anda adalah seorang usahawan berjaya. Tapi disebabkan tak ramai yang mengetahui sirah Baginda, maka tak ramai lah yang tahu akan kerjaya Baginda sebagai businessman di samping seorang pemimpin agama, negarawan, pendakwah, dan sebagainya.Rasulullah SAW telah didedahkan dengan ilmu perniagaan sejak kecil lagi. Baginda sering mengikuti bapa saudaranya Abu Talib berniaga, malah pernah dibawa ke negeri...
Baca selanjutnya -
undefined
undefined

Islam Bukan Sains Dan Sains Bukan Islam  

Posted by Insan yang kerdil

Istilah mengIslamkan sains seakan-akan menjadi satu gelombang baru untuk para saintis Islam membuktikan kebenaran Islam. Pengislaman sains ialah satu cara untuk memaparkan ilmu sains sebagai selaras dengan ajaran Islam.Al-Quran Sebagai Sumber InspirasiGerakan ini menggunakan penemuan-penemuan sains moden dan memadankannya dengan ayat-ayat Al-Quran yang difikirkan boleh diterima akal. Di antaranya ialah penemuan sains berkenaan bumi ini bulat dan memadankannya dengan ayat ke-19 Surah Al-Hijr atau memadankan Surah Ar-Rum ayat ke-48 dengan pemahaman sains berkenaan kitaran hujan.Terkini, apabila teori letupan agung (Bing Bang) oleh Edwin Hubble mulai diterima oleh masyarakat sains kontemporari menggantikan teori steady-state oleh Fred Hoyle, pada masa yang sama dikeluarkan juga dalil daripada Al-Quran (ayat ke-30, Surah Al-Anbiya) yang telah lama menyokong penemuan saintifik ini.Para pengusul dalil ini membuat tafsiran berdasarkan dua kata dasar bahasa Arab dalam ayat tersebut, 'ratq' bermaksud 'bercantum' dan fataq yang bermaksud 'memisahkan atau membelahkan'.Dengan erti kata lain, Islam itu sendiri sudah lama membuktikan teori gelombang agung kerana ianya sudah dinyatakan didalam ayat...
Baca selanjutnya -
undefined
undefined

Gempa 8.9 skala richter cetus tsunami di Jepun  

Posted by Insan yang kerdil

Harakahdaily TOKYO, 11 Mac: Gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala richter melanda Jepun awal petang tadi mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter melanda bebarapa bandar kawasan pantai negara itu.Kejadian itu mengakibatkan banyak kes kecederaan, namun kes kematian masih belum diperolehi dari kawasan yang dilanda bencana di pulau Honshu.Ombak setinggi 10 meter dilaporkan melanda Sendai di timur laut Miyagi, pulau Honshu mengakibatkan banyak kapal, kereta dan sisa runtuhan dihanyutkan ke kawasan bandar. Gempa bumi itu mengakibatkan gegaran kuat bangunan di Tokyo yang dihuni 30 juta penduduk.Sekurang-kurangnya enam kes kebakaran dilaporkan di Tokyo akibat gempa selain menyebabkan sistem subway dihentikan, siren kecemasan dibunyikan dan orang ramai berpusu-pusu keluar dari bangunan.Kepulan asap dikesan membabitkan sekurang-kurangnya 10 lokasi di bandar raya itu di mana lebih empat juta kediaman terputus bekalan elektrik selain beberapa kawasan ditenggelami air termasuk kawasan letak kereta Disneyland Tokyo.Gempa bumi berlaku pada jam 2.46 petang (0546 GMT) selama dua minit dengan gempa pertama kira-kira 400 kilometre di timur laut Tokyo, menurut US Geological...
Baca selanjutnya -
undefined
undefined

Kisah Wali Allah Yang Solat Diatas Air  

Posted by Insan yang kerdil in

Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang termasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua usaha mereka sia-sia sahaja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri mereka.Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang terunbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di atas air.Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!" Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil lagi, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!"Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan...
Baca selanjutnya -