undefined
undefined
Bila tiba masanya Berkahwin

Perkahwinan adalah sebuah kurniaan yang amat besar dari Allah untuk umat manusia. Ia menawarkan keamanan dan keselamatan kepada setiap pasangan, menjamin kesenangan fizikal serta untuk mengembangkan zuriat yang sempurna. Perkahwinan juga adalah bertujuan untuk memelihara jiwa setiap insan.Meskipun tidak ada orang yang senang sepanjang masa, namun pernikahan pada umumnya mampu membawa kebahagiaan dan kesejahteraan kedua-dua belah pihak.Dalam Islam, perkahwinan adalah suatu ibadat dan sunnah Rasulullah s.a.w. yang merupakan perlaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia.Orang yang berkahwin akan dapat mengatur suatu kehidupan yang baik, sempurna, dan penuh bertanggungjawab.Perkahwinan merupakansifat atau tabiat manusia yang cenderung untuk mengadakan hubungan sesama manusia. Allah telah menjadikan hubungan perkahwinan sebagai Sunnah para Rasul di mana ianya akan melahirkan rasa saling cinta, sikap saling bekerjasama dgn kebaikan dan bantu membantu untuk mendidik keturunan.Melalui perkahwinan juga, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi adalah sebagai tempat untuk mendapatkan kerehatan...